GLOBAL | Taufan Jongdari melanda wilayah barat dan tengah Jepun menyebabkan hujan lebat dan ribut petir dan dijangka berterusan hingga Isnin ini, menjadikan negara yang baru sahaja mengharungi banjir besar pada awal bulan ini.
Pihak kerajaan berkata 21 orang cedera pada hujung minggu ini tetapi tiada laporan kematian dan orang hilang setakat tengahari Ahad ini, lapor BBC.
Manakala NHK melaporkan kira-kira 150,000 kediaman terputus bekalan elektrik.
Pada Sabtu, perintah evakuasi dikeluarkan terhadap 36,400 di kota Shobara dan 6,300 di kota Kure, petik laporan NHK.
Jepun baru sahaja menempuh bencana banjir paling besar sejak beberapa dekad pada wal bulan ini yang mengorbankan kira-kira 200 nyawa.
Banjir itu disusuli gelombang haba yang diisytiharkan kerajaan sebagai bencana alam.
Paling kurang 80 orang meninggal dunia berpunca daripada suhu panas melampau dan lebih 22,000 menerima rawatan di hospital kerana mendapat serangan strok haba.