Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Kajian: Malaysiakini portal berita tempatan paling popular
Diterbitkan:  Jun 27, 2018 7:06 PM
Dikemaskini: 11:11 AM

Kajian Laporan Berita Digital Reuters 2018 mendapati Malaysiakini menjadi media paling popular di Malaysia.

Kajian tahunan terhadap penerimaan berita di seluruh dunia itu mendapati Malaysiakini diletakkan di kedudukan teratas dalam akses mingguan dengan 44 peratus.

Ini diikuti dengan The Star Online (32 peratus) dan Berita Harian Online (24 peratus).

Laporan itu dibentangkan dalam satu persidangan media di Singapura.

Laporan yang disediakan wakil Universiti Nottingham kampus Malaysia Zaharom Nain itu menyebut Malaysiakini “mengekalkan reputasi membekalkan berita bebas dan terus mendapat sokongan ramai rakyat Malaysia, terutama yang letih dengan sajian propaganda”.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS