ADS
mk-logo
Berita
Kesatuan sekerja: Gaji bos Mavcom RM85k sebulan 'tak bermoral'

Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) Pulau Pinang melahirkan rasa terkejut dengan pendedahan menteri pengangkutan bahawa pengerusi eksekutif Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) dibayar gaji RM85,000 sebulan.

Setiausahanya K Veeriah berkata pendedahan itu menimbulkan tanda tanya berkaitan bayaran kepada pengerusi badan lain seperti Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (Spad) dan Suruhanjaya Pilihan Raya.

“Kadar bayaran tidak sesuai itu, kami berpendapat ia membazirkan sumber kewangan negara, dalam dalam kes Mavcom, setiap ringgit yang kita bayar untuk penerbangan,” kata Veeriah kepada Malaysiakini.

“Dari sudut lain, kami fikir ia tidak bermoral dan tidak wajar,” katanya.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke semalam mengesahkan dakwaan tular Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) Datuk Seri Abdullah Ahmad dibayar gaji sebanyak RM85,000 sebulan.

Bagaimanapun selain pemberian geran sebanyak RM90 juta, beliau menyatakan Mavcom tidak dibiayai oleh kerajaan.

[Baca berita asal]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS
ADS
ADS