Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Azmin jawab PAS S'gor: Hanya rakyat layak tentukan k'jaan

Masa depan sesebuah negara atau negeri ditentukan oleh rakyat dan bukan mana-mana parti politik, kata Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali.

Sehubungan itu, timbalan presiden PKR itu berkata, rakyat juga merupakan penentu bagi mana-mana kerajaan sama ada mereka layak memimpin sesebuah negara atau negeri.

"Yang penting masa depan negara dan negeri ditentukan rakyat bukan ditentukan oleh mana-mana parti politik.

"Kita hanya tawar manifesto, dasar tetapi pada akhirnya kita mesti percaya dengan kebijaksanaan pengundi.

"Mereka yang akan tentukan siapa yang layak untuk terus memimpin negara atau negeri," katanya ketika ditemui pemberita di Kajang hari ini.

Beliau mengulas laporan wawancara Malaysiakini bersama Pengarah Pilihan Raya PAS Selangor Roslan Shahir Mohd Shahir yang mengatakan PAS akan menjadi 'king maker' di negeri itu pada pilihan raya umum akan datang.

Roslan atau lebih dikenali sebagai Roslan SMS juga menaruh keyakinan bahawa parti Islam itu akan memenangi sehingga 25 kerusi DUN.

[Berita penuh menyusul]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS