Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Polis Indonesia mengesahkan kerjasama siasatan berhubung rampasan kapal layar mewah Equanimity milik ahli perniagaan yang dikaitkan dengan 1MDB, Jho Low tidak melibatkan Malaysia.

Timbalan Pengarah Jenayah Ekonomi dan Khas Indonesia Daniel Silitonga ketika dihubungi Malaysiakini berkata Indonesia hanya diminta Biro Siasatan Persekutuan (FBI), Amerika Syarikat (AS) untuk mengesan dan menahan kapal itu.

“Indonesia hanya diminta untuk kesan dan sita untuk boleh diserahkan kepada negara peminta (AS) mengikut undang-undang (AS).

“Siasatan tidak melibatkan pemilik kapal (Jho Low).

“Siasatan kami hanya melibatkan permintaan rasmi dari FBI dan Amerika,” katanya kepada Malaysiakini.

Selain itu, Silitonga ketika ditanya adakah dihubungi pihak berkuasa Malaysia berhubung perkara itu hanya menjawab ringkas “Tidak ada”.

Semalam bekas menteri Tan Sri Rafidah Aziz membidas pihak berkuasa Malaysia kerana kerana gagal mencari kapal layar mewah itu.

Menurutnya, ini kerana beliau sendiri pernah mengesan kapal itu ketika bercuti di Thailand pada tahun lalu.

Rafidah turut berkata beliau yang menyelam di situ boleh melihat Equanimity bagaimanapun pihak berkuasa Malaysia tidak mampu berbuat demikian.

Memang tutup sistem AIS

Sementara itu Silitonga ketika ditanya mengenai hasil siasatan terhadap 34 anak kapal yang didaftarkan atas kapal tersebut berkata pihaknya sedang menyiasat kapten kapal Sieboldt-Berry, seorang warga Afrika disyaki sengaja mematikan sistem pengecaman automatik (AIS) bagi mengelak pengawasan pihak berkuasa.

“Ya, tapi untuk perkara itu semua barang bukti dan dokumen yang kami terima dari dalam kapal sedang kami kaitkan semuanya.

“Hasil dari siasatan memang ada beberapa waktu tertentu kapten menutup AIS secara manual,” katanya.

Jho Low melalui jurucakap dilapor berkata rampasan itu tidak berasas dan bermotifkan politik.

Menteri Multimedia dan Komunikasi Datuk Seri Salleh Said Keruak pula berkata tiada bukti yang menunjukkan Jho Low adalah pemilik Equanimity.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS