Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
JPS jangka 'banjir termenung' di Tumpat antara 2 dan 6 Dis
Diterbitkan:  Nov 30, 2017 6:48 PM
Dikemaskini: 10:53 AM

Air pasang besar yang dijangka berlaku antara 2 dan 6 Disember ini boleh menyebabkan penduduk di sekitar tebing Sungai Golok di Tumpat berdepan dengan ‘banjir termenung’.

'Banjir termenung' merujuk kepada keadaan air yang tidak dapat mengalir keluar dengan baik ke dalam saliran dan bertakung untuk satu tempoh yang lama.

Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kelantan Kamal Mustapha berkata pihaknya menjangkakan 'banjir termenung' itu berlaku selama dua minggu.

“Paras air Sungai Golok di Rantau Panjang ketika ini ialah 10.66 meter dan banjir akan reda jika paras air surut bawah 9.5 meter (paras bahaya 9 meter).

“Beberapa anak sungai di sebelah Selatan Thailand juga akan mengalir ke Sungai Golok dan sudah pasti memberi kesan kepada kawasan tebing sungai berkenaan,” katanya pada sidang akhbar di Bilik Operasi Banjir JPS Kelantan di Kota Bharu hari ini.

Beliau berkata banjir termenung itu dijangka melibatkan kawasan seluas 77 kilometer persegi di jajahan Tumpat.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS