ADS
mk-logo
Berita
Persatuan Bahasa Cina UM didakwa digantung
Diterbitkan:  Nov 30, 2017 12:00 AM
Dikemaskini: 4:04 PM

Persatuan Bahasa Cina Universiti Malaya didakwa telah digantung oleh pihak pengurusan universiti dan tidak dibenarkan menjalankan sebarang aktiviti.

Berdasarkan kenyataan yang diterbitkan di Facebook persatuan itu malam tadi, arahan itu diterima daripada universiti pada 30 Oktober lalu.

Menurut kenyataan itu, Jabatan Hal Ehwal Pelajar mendapati terdapat masalah berkenaan pentadbiran persatuan itu maka semua resolusi yang diluluskan dalam mesyuarat agung tahunan ke-32 persatuan itu serta semua aktiviti yang telah dirancang untuk semester pertama 2017/18 akan digantung.

Turut dinyatakan bahawa jawatankuasa persatuan itu telah membuat rayuan dan berbincang dengan pihak universiti termasuk timbalan canselor yang bertanggungjawab berkenaan hal-ehwal pelajar.

Rayuan itu bagaimanapun ditolak.

ADS

Persatuan itu memohon maaf kepada anggotanya atas kejadian berkenaan dan berjanji akan cuba untuk kembali mengadakan aktiviti.

Persatuan itu merupakan salah satu persatuan bahasa Cina paling lama di kalangan universiti awam Malaysia.

Persatuan itu ditutup oleh universiti pada 1974 ketika gerakan pelajar sedang marak selepas didakwa “terlibat dengan aktiviti komunis”.

ADS

Selepas beberapa kali membuat rayuan selama sedekad, persatuan itu dibuka semula pada 1986.

Persatuan bahasa Cina lain daripada Universiti Sains Malaysia secara teknikal telah digantung pada 2001/2002 selepas menerima surat tunjuk sebab daripada universiti meminta penjelasan berhubung dakwaan melanggar Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS
ADS
ADS