Peguam kontroversi Siti Zabedah Kasim, yang lebih dikenali sebagai Siti Kasim, membuat laporan polis terhadap ancaman untuk memenggal kepala yang diterimanya.
Belau membuat laporan itu di balai polis Sentul, Kuala Lumpur semalam, terhadap seorang lelaki, lapor The New Straits Times (NST).
Katanya, lelaki itu pada 3 Julai telah memuat naik tulisan berkaitan isu lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) yang memetiknya secara salah.
Pada 19 Julai, katanya, lelaki yang sama memuat naik artikel sama ke laman web sama, yang memetik beliau sebagai berkata “jangan ikut Islam Arab, tapi Islam sebenar”.
Lelaki itu kemudian menulis: “Anjing menyalak bukit tidak lama sebelum bukit itu runtuh ke atasnya”.
Ia kemudian mengundang pelbagai reaksi pengikutnya, termasuk yang mahu kepada Siti Kasim dipancung, dirogol, disimbah asid ke mukanya, lapor NST.