Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
Mahkamah arah JAWI dedah maklumat anggota terbabit serbuan

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memberi Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) 14 hari untuk mendedahkan butiran anggotanya yang terbabit menangkap peguam Siti Zabedah Kasim semasa serbuan di sebuah acara anjuran golongan transgender pada April tahun lalu.

Peguam Surendra Ananth berkata keputusan itu dibuat oleh Pesuruhjaya Kehakiman Datin Faizah Jamaludin yang membenarkan permohonan Siti dalam kamar pagi ini.

"Hakim mengarahkan kerajaan persekutuan untuk menyediakan nama, kedudukan dan butir-butir mengenai anggota penguatkuasa yang terlibat dalam penangkapan itu dalam tempoh 14 hari," katanya kepada Malaysiakini.

Surendra berkata permohonan itu berkaitan dengan niat anak guamnya untuk memfailkan saman terhadap JAWI berhubung penahanannya kerana didakwa mengadakan pertandingan ratu cantik di sebuah hoel pada 3 April tahun lalu.

"Isunya ialah kita tidak mempunyai nama-nama anggota yang terlibat.

"Jadi (permohonan) ini adalah pra-tindakan dalam usaha untuk meneruskan saman itu,” katanya selepas keputusan itu disampaikan dalam kamar.

Dalam saman pemula yang difailkan oleh Mark Law Chambers pada 20 Oktober lalu, Siti memohon perintah mahkamah supaya JAWI membekalkan beliau dengan butiran anggota berkenaan.

Ketika itu, Siti menegaskan bahawa majlis yang diadakan  adalah acara makan malam tertutup dan bukannya pertandingan ratu cantik, tetapi mendakwa ini tidak dihiraukan oleh pihak yang membuat serbuan.

Beliau juga mendakwa bahawa pegawai penguatkuasa JAWI menyalahgunakan kuasa mereka dengan mengheretnya ke Balai Polis Daerah Dang Wangi.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS