ADS
mk-logo
Berita
Rayani terima paling banyak aduan pembayaran balik
Diterbitkan:  Apr 18, 2017 5:33 PM
Dikemaskini: 9:35 AM

Tuntutan pembayaran balik wang daripada syarikat penerbangan yang tidak lagi beroperasi Rayani Air mendominasi aduan terhadap Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom), pada tahun pertama penubuhannya.

Laporan pelangggan yang dikeluarkan hari ini mendedahkan badan itu menerima keseluruhan 1,639 aduan dalam tempoh 12 bulan, bermula Mac 2016.

Daripada jumlah itu, sebanyak 673 aduan adalah berkaitan tuntutan pembayaran balik wang terhadap Rayani – syarikat patuh syariah yang dibatalkan lesennya pada Jun tahun lalu.

“Dalam kerjasama dengan Bank Negara Malaysia, penumpang yang menempah perjalanan dengan kad kredit menerima boleh mendapat pembayaran balik.

“Sehingga 28 Februari 2017, kira-kira 50 peratus penumpang Rayani dalam rekod Mavcom menerima pembayaran balik mereka.

ADS

“Mavcom tidak dapat mengesahkan status pembayaran balik penumpang-penumpang yang tidak berdaftar dengan Mavcom, kerana mereka berurusan dengan bank secara berasingan untuk memohon pembayaran balik,” menurut laporan itu.

Sementara itu, AirAsia menjadi syarikat kedua paling banyak berdepan aduan pembayaran semula wang (119 aduan) diikuti aduan berkaitan pengendalian bagasi oleh Malaysia Airlines (69 aduan).

Secara keseluruhan, aduan berkaitan pembayaran balik wang direkod sebanyak 55 peratus, diikuti oleh pengendalian bagasi (10 peratus) dan pembatalan penerbangan (9 peratus).

[Baca berita asal]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS
ADS
ADS