Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Suasa Airlines didenda RM380,000 kerana tiada permit
Diterbitkan:  Jan 9, 2017 9:39 PM
Dikemaskini: 1:46 PM

Syarikat penerbangan Suasa Airlines Sdn Bhd didenda sebanyak RM380,000 kerana membawa penumpang antara Kuala Lumpur dan Langkawi tanpa Permit Perkhidmatan Udara (ASP).

Syarikat penerbangan itu mengaku salah di Mahkamah Sesyen Sepang hari ini, kata Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom).

Mavcom berkata syarikat penerbangan itu mengendalikan penerbangan komersial tidak berjadual pada 22 Julai 2016 walaupun suruhanjaya itu telah menolak permohonanya kerana tidak memiliki ASP yang sah.

“Langkah-langkah ketat yang diambil oleh suruhanjaya adalah untuk melindungi pengguna.

"Oleh itu, suruhanjaya adalah tegas dalam pendiriannya dan akan mengambil tindakan terhadap pesalah-pesalah yang tidak mematuhi undang-undang dan peraturan-peraturan industri ini,” kata Pengerusi Eksekutif Mavcom, Tan Sri Abdullah Ahmad.

Suasa Airlines pada tahun lepas menegaskan ia tidak melanggar undang-undang kerana mengendalikan 'penerbangan pertunjukan'.

Syarikat itu merancang mengendalikan perkhidmatan sewa khas ke China, Timur Tengah dan Langkawi menggunakan pesawat B737-400, menurut Pusat Penerbangan (Capa).

Pelancarannya di bawah nama MonSpace Sky Airlines, telah disempurnakan oleh selebriti Hong Kong Maria Cordero dan penyanyi tempatan Shila Amzah.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS