Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Bendera Agong dinaikkan di Istana Balai Besar
Diterbitkan:  Dec 13, 2016 9:08 AM
Dikemaskini: 3:27 AM

Bendera rasmi Yang di-Pertuan Agong ke-15 Sultan Muhammad V dikibarkan di Istana Balai Besar Kota Bharu, pada jam 12 malam tadi.

Istiadat menaikkan bendera tersebut dilakukan oleh dua anggota tentera dari 8 Kompeni Kor Polis Tentera Diraja iaitu Sarjan Andy Hamdi dan Koperal Mohd Risuaimi Che Hashim.

Istiadat itu turut diiringi oleh enam anggota Batalion ke-5 Rejimen Renjer Diraja.

Sultan Muhammad V menggantikan Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 selama lima tahun bermula 13 Dis.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS