Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
Armand: Mahasiswa dijadikan 'keldai politik' lagi
Diterbitkan:  Aug 29, 2016 11:04 AM
Dikemaskini: 3:14 AM

Perhimpunan mendesak tindakan terhadap Malaysian Official 1 (MO1) anjuran mahasiswa di ibu negara Sabtu lalu didakwa dipergunakan pembangkang.

Exco Pemuda Umno Datuk Armand Azha Abu Hanifah berkata apa yang berlaku menunjukkan mahasiswa hanya sekadar menjadi “tukang sorak” serta “tukang pegang mikrofon dan sepanduk”.

“Sekali lagi pemimpin Pakatan menggunakan gerakan mahasiswa sebagai keldai politik mereka,” katanya yang juga bekas ketua Pemuda kumpulan pendesak Melayu PERKASA.

Armand berkata, perkara itu dapat dinilai berdasarkan ucapan pemimpin pembangkang dan NGO serta individu yang didakwa mempunyai kaitan dengan pembangkang, seperti BERSIH.

“Mereka inilah manusia-manusia penghasut yang selalu musnahkan masa hadapan anak muda kerana terhasut dengan mereka.

“Berapa ramai anak muda yang dibuang daripada universiti kerana kerakusan politik penghasut-penghasut anak muda ini.

Dalam kenyataan hari ini, Armand berkata, beliau menghormati idealisme orang muda tetapi menurutnya ia harus berprinsip serta berfakta.

“Orang muda harus matang dan bijak dalam perjuangan hala tuju negara ke arah mencapai negara maju tidak lama lagi,” katanya.

Himpunan kelmarin dianjurkan bagi mendesak tindakan terhadap MO1 yang dinamakan 36 kali dalam saman sivil Jabatan Kehakiman (DOJ), Amerika Syarikat (AS) bagi menyita harta tanah berkaitan 1MDB.

Terdapat tafsiran MO1 merujuk kepada Datuk Seri Najib Razak tetapi tetapi ia ditolak oleh pemimpin BN yang mempertahankan perdana menteri daripada dakwaan salah laku berkaitan 1MDB.

Polis menganggarkan kira-kira 2,000 orang menyertai himpunan yang disokong pembangkang itu.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS