Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Dr Mahathir nafi minta campur tangan asing
Diterbitkan:  Apr 11, 2016 3:55 PM
Dikemaskini: 7:58 AM

Tun Dr Mahathir Mohamad menafikan bahawa beliau menggesa pihak asing supaya campur tangan untuk menggulingkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

"Saya tidak minta mana-mana kerajaan asing untuk campur tangan. Saya kata bahawa segala saluran untuk mencari penyelesaian dalam negara telah ditutup oleh Najib.

"Jadi, saya akan beritahu media asing tentang perkara ini," katanya yang dipetik oleh portal The Star Online .

Bekas Perdana Menteri itu berkata demikian ketika mengulas kenyataan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak yang melahirkan kebimbangan dengan kenyataan Mahathir itu.

Antara lain, The Weekend Australia memetik Mahathir sebagai berkata beliau lazimnya tidak mengalu-alukan sebarang campur tangan asing dalam hal ehwal negara, "tetapi saluran kami mencari penyelesaian dalam negara telah ditutup sepenuhnya"

Selain Salleh, kenyataan bekas perdana menteri itu juga mengundang kritikan dari pelbagai pihak lain.

Antaranya adalah pemimpin MCA, Ti Lian Ker, yang menyifatkan kenyataan Mahathir sebagai suatu pengkhianatan.

Sementara, Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Irmohizam Ibrahim menganggapnya sebagai "langkah yang berbahaya" dan memberi amaran bahawa ia berpotensi boleh menggugat keselamatan negara.

Mahathir telah berkempen untuk menjatuhkan Najib sejak tahun lalu dan menuduh perdana menteri melakukan banyak salah laku.

Najib telah berulang kali menafikan dakwaan itu. Beliau pula menuduh Mahathir berkonspirasi untuk menjatuhkannya.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS