ADS

Bekas Presiden MCA Tun Dr Ling Liong Sik menyifatkan kenyataan kontroversi terhadap kaum Cina yang dibuat Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman sebagai "kurang ajar".

"Itu ucapan kurang ajar. Saya tak pernah bermimpi atau terfikir untuk lempang orang Melayu.

"Itu salah, hendak cakap pun salah, inikan pula hendak lakukan. Ini kurang ajar," kata Dr Ling kepada pemberita dalam sidang media Pesta Minda Malaysia ke 11, Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman di Setapak sebentar tadi.

Malah, Dr Ling juga berkata anggota Parlimen Pasir Salak itu perlu memohon maaf kepada rakyat Cina di negara ini atas keterlanjurannya.

“Patut (minta maaf) jika beliau ada berkata begitu, dia patut minta maaf,” katanya.

ADS

Khamis lalu, Tajuddin mengeluarkan kenyataan tersebut selepas Duta Besar China ke Malaysia Huang Huikang melawat Jalan Petaling pada 25 September lalu.

Beliau kemudian menafikan membuat kenyataan begitu.

Lawatan Huang itu dilakukan sehari sebelum perhimpunan berbau perkauman dianjur pihak tertentu yang membuat beberapa desakan bagi 'mengubah' keadaan di pusat komersial didominasi peniaga Cina itu.

Huang didakwa menimbulkan kontroversi dengan mengeluarkan kenyataan bahawa negara China menentang sebarang bentuk ekstremisme dan rasis terhadap kaum tertentu.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS
ADS
ADS