Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Gerakan Bertindak Hak Hindu (Hindraf) mengancam untuk mengadakan protes di hadapan penjara Kajang jika pemimpinnya P Uthayakumar tidak dibawa untuk menghadiri temujanji rawatan proplapsed disc yang dialaminya pada 1 Ogos.

Setiausaha Agung Hindraf, S Thiagarajan memberitahu satu sidang akhbar hari ini bahawa lebih 500 orang, yang diketuai isteri Uthayakumar - S Indra Devi - mungkin berkhemah di hadapan penjara itu jika pihak berkuasa penjara tidak berbuat demikian.

Pemimpin Hindraf itu dijadual menemui seorang pakar di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) untuk rawatan proplapsed disc yang dialaminya.

Uthayakumar telah terlepas temujanji tersebut pada 18 Julai di hospital yang sama kerana dipenjarakan bulan lepas.

Pada 5 Jun lalu, beliau dijatuhi hukuman dua setengah tahun penjara selepas didapati bersalah membuat kenyataan menghasut pada tahun 2007.

[Baca berita penuh]

 
 
 
 
 
 
 

 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS