Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Polis kutip RM476.6 juta saman trafik
Diterbitkan:  Mar 17, 2011 6:45 PM
Dikemaskini: 10:49 AM

Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengutip RM476.6 juta bayaran saman daripada pesalah trafik sepanjang tempoh lapan bulan sehingga Februari lalu.

NONE Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata daripada jumlah itu sebanyak RM421.2 juta dikutip di kaunter PDRM manakala RM55.4 juta  dipeolehi melalui laman web seperti www.myeg.com.my (MyEG) dan www.rilek.com.my (RILEK).

"Jumlah bayaran saman yang dikutip di kaunter PDRM pada Julai 2010 adalah sebanyak RM64.1 juta, RM40.6 juta (Ogos), RM22.9 juta (Sept), RM29.3 juta (Okt), RM29 juta (Nov), RM127 juta (Dis), RM44.7 juta (Jan 2011) dan RM63.6 juta pada Februari lalu.

"Bagi jumlah kutipan saman melalui MyEG dan RILEK pula sebanyak RM4.5 juta pada Julai 2010, RM2.8 juta (Ogos), RM1.8 juta (Sept), RM2.3 juta (masing-masing pada Okt dan Nov), RM26.2 juta (Dis), RM7.3 juta pada Januari 2011 dan pada Februari lepas sebanyak RM8.3 juta," katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Fong Po Kuan (DAP-Batu Gajah) di Dewan Rakyat.

fong po kuan and chong chien jen walkout suspended from parliament 061108 03 Fong ingin tahu kutipan saman bagi bulan Julai 2010 sehingga Feb 2011 mengikut jumlah yang dibayar di kaunter PDRM dan laman web serta jumlah kementerian perlu bayar kepada pihak lain dan yang dikutip (RM2 setiap transaksi) oleh MyEG.

Hishammuddin berkata kerajaan membayar caj komisen sebanyak 1.8 peratus daripada jumlah kutipan keseluruhan bulanan yang dipungut melalui MyEG dengan transaksi yang menggunakan kad kredit dan sebanyak RM0.50 bagi setiap transaksi yang berjaya melalui kad debit.

"Selain itu, RM2 juga dikenakan kepada pembayar bagi setiap transaksi yang berjaya untuk dibayar kepada MyEG," katanya.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS