Paling Popular
Terkini
mk-logo
Surat
SURAT | Gesaan terbaru gencatan senjata: Kuasa dunia perlu buktikan tak hipokrit

Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) memuji langkah berani yang diambil oleh Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang menggunakan Artikel 99 Piagam PBB untuk memanggil anggota Majlis Keselamatan PBB untuk meluluskan resolusi gencatan senjata di Palestin.

Abim mengamatinya sebagai tindakan berani dan wajib bagi mengelakkan malapetaka kemanusiaan bertambah buruk di Palestin.

Justeru, Abim menggesa kuasa dunia khususnya yang menganggotai Majlis Keselamatan PBB untuk sebulat suara meluluskan resolusi gencatan senjata bagi memastikan kekejaman rejim Zionis yang sengaja meragut nyawa orang awam dapat dihalang.

Senario hari ini menjelaskan tindakan ganas Zionis hanya semata mengorbankan orang awam khususnya wanita dan kanak-kanak. 

Justeru kuasa dunia perlu buktikan setulusnya bahawa mereka benar-benar mempertahan nilai kemanusiaan dengan menghalang kekejaman Zionis Israel ini.


MUHAMMAD FAISAL ABDUL AZIZ ialah presiden Abim.

Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS