Paling Popular
Terkini
mk-logo
Surat
SURAT | Pemuda Umno ingatkan PM pada keputusan mesyuarat 27 Ogos

Lanjutan daripada pernyataan perdana menteri yang tidak bercadang untuk membenarkan pengeluaran i-Citra KWSP RM10,000, Pemuda Umno Kelantan merayu agar ia dipertimbangkan sekali lagi.

Kami yakin keputusan tersebut bukan jalan mati bagi permohonan i-Citra ini memandangkan ia menjadi keperluan dan harapan rakyat bagi mengeluarkan duit simpanan mereka sendiri untuk digunakan dalam situasi mendesak seperti pemulihan pasca banjir dan Covid-19.

Permintaan kami ini adalah selaras dengan keputusan yang dipersetujui bersama perdana menteri yang juga naib presiden Umno dalam Mesyuarat MKT Umno pada 27 Ogos 2021 yang antaranya membuat ketetapan bahawa kerajaan mesti menyantuni tuntutan rakyat seperti pengeluaran i-Citra secara one-off dengan jumlah minimum RM10,000.

3Kami berpendapat inisiatif berhutang dengan Tekun & BSN ini akan memberi bebanan tambahan jangka panjang kepada peminjam sekaligus mencipta rekod senarai hitam di bank sekiranya gagal membuat pembayaran balik, sekali gus memberi gambaran yang tidak baik kepada penilaian para pelabur asing terhadap credit rating negara Malaysia.

Bagaimanapun kami berterima kasih kepada kerajaan kerana telah meluluskan bantuan tunai sebanyak RM1,000 kepada mangsa banjir, sekurang-kurangnya akan memberi sedikit nafas dalam pembelian barang makanan untuk sebulan setelah kembali ke kediaman masing-masing.

Kelulusan bantuan i-Citra RM10,000 ini tentunya akan memberi lagi kelegaan kepada rakyat yang akan kembali menjalani kehidupan norma baru era pasca banjir dan pasca Covid-19 ini.

Selepas keadaan ekonomi rakyat semua kembali stabil, kerajaan boleh fokus kembali membina balik baki simpanan pendeposit dalam KWSP ini.

Sekali lagi Pemuda Umno Kelantan berharap agar perdana menteri mempertimbangkan kelulusan ini demi rakyat yang terkesan.

Kelulusan ini memberi bukti sebenar kepada kerajaan yang sentiasa mendengar denyut nadi rakyat.


NOOR HARIRI MOHAMED NOOR ialah ketua Pemuda Umno Kelantan.

Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS