ADS
mk-logo
Seni & Hiburan
Anugerah Profima: Syafiq Yusof pengarah terbaik
Diterbitkan:  Nov 7, 2017 8:54 AM
Dikemaskini: 12:58 AM

Pengarah filem 'Desolusi' Syafiq Yusof dinobatkan Pengarah Filem Terbaik pada Majlis Anugerah Persatuan Pekerja Profesional Filem Malaysia (Profima) 2017 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) malam tadi.

Penerbit 'Polis Evo' Joel Soh pula merangkul Anugerah Penerbit Filem Terbaik bagi membolehkan beliau membawa pulang trofi dan sijil penghargaan yang disampaikan Ketua Pengarah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) Datuk Fauzi Ayob.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak merasmikan majlis itu. Turut hadir Presiden Profima Khir Mohd Noor.

Sementara itu, Anugerah Drama Siri Televisyen terbaik digondol Natseven TV Sdn Bhd (ntv7) menerusi drama bertajuk 'Beautiful World' manakala Telemovie Terbaik juga dimenangi ntv7 melalui 'The Missing Menu'.

Kategori Dokumentari Terbaik pula dirangkul Metropolitan TV Sdn Bhd melalui ‘A New Journey Season 4'.

ADS

Pada majlis itu, tiga individu menerima Anugerah Tokoh Profima 2017 iaitu ahli akademik Prof Dr Asiah Sarji, Ketua Pegawai Eksekutif Monspace Multinational Corp Datuk Seri Jessy Lai dan Presiden Point College, Yoki Chin sebagai menghargai sumbangan mereka dalam merancakkan industri filem tanah air.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS
ADS
ADS