ADS
mk-logo
Pengumuman
Karnival Ramadan IWK Eco Park: Sokongan kepada peniaga kecil dan komuniti
Diterbitkan:  Mar 13, 2025 10:40 AM
Dikemaskini: 2:40 AM

KUALA LUMPUR: Buat julung kalinya, syarikat pembetungan nasional, Indah Water Konsortium (IWK) Sdn Bhd telah menganjurkan Karnival Ramadan yang bertempat di IWK Eco Park, Pantai Dalam.

Usaha ini bertujuan untuk membuka peluang perniagaan kepada para peniaga kecil sekitar kawasan Pantai Dalam, yang selaras dengan usaha Kerajaan dalam memperkasakan keusahawanan komuniti untuk mengukuhkan lantai ekonomi rakyat sebagaimana hala tuju dalam dasar ekonomi Madani.

YAB Dato Sri Haji Fadillah berkesempatan untuk mencuba sendiri proses memasak murtabak di salah sebuah gerai.

Sebagai tanda sokongan terhadap inisiatif yang dijalankan, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), Yang Amat Berhormat Dato Sri’ Haji Fadillah Bin Haji Yusof turut meluangkan masa melawat peniaga di sini.

Lebih istimewa, Yang Amat Berhormat Dato Sri Haji Fadillah bersama dengan Ketua Pegawai Eksekutif IWK Encik Narendran Maniam serta kakitangan IWK turut mengagihkan sebanyak 500 beg makanan kepada penduduk setempat sebagai hidangan berbuka puasa.

Yang Amat Berhormat Dato Sri Haji Fadillah bersama dengan Ketua Pegawai Eksekutif IWK, Encik Narendran Maniam serta kakitangan IWK mengagihkan sebanyak 500 beg makanan kepada penduduk sebagai hidangan berbuka puasa.
ADS

Narendran berkata, aktiviti yang dijalankan hari ini diharap dapat memberi manfaat kepada pihak peniaga kecil dan penduduk setempat serta dapat mengukuhkan lagi hubungan antara IWK bersama komuniti.

“Penganjuran Karnival Ramadan di IWK Eco Park ini turut memudahkan penduduk untuk mendapatkan juadah berbuka selain menyediakan satu platform perniagaan yang teratur dan strategik bagi peniaga kecil dengan kadar yang berpatutan,” jelas Narendran.

Karnival Ramadan IWK Eco Park menampilkan kepelbagaian juadah dan minuman yang menggamit selera, menjadikannya sebagai destinasi ideal untuk mendapatkan hidangan berbuka puasa. Selain makanan dan minuman, pengunjung juga didendangkan dengan irama lagu daripada persembahan “Street Buskers”.

YAB Dato Sri Haji Fadillah menyantuni para peniaga di Karnival Ramadan IWK Eco Park.

Lokasi IWK Eco Park yang strategik iaitu terletak kira-kira 10 kilometer dari pusat bandar raya menjadikan ia satu destinasi yang selesa dikunjungi oleh penduduk sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Malah, penganjurannya di tempat letak kereta berbumbung yang luas dapat memberikan keselesaan kepada peniaga dan pengunjung juga tidak perlu bimbang tentang tempat letak kenderaan, kerana kemudahan parkir yang mencukupi disediakan.

ADS

Karnival Ramadan IWK Eco Park ini berlangsung sejak 2 Mac hingga 29 Mac 2025, iaitu 1 Ramadan hingga 28 Ramadan. Orang ramai dijemput singgah sambil dapat menikmati kehijauan taman di sini. Untuk maklumat lanjut, sila layari ecopark.iwk.com.my.


This content is provided by IWK.

The views expressed here are those of the author/contributor and do not necessarily represent the views of Malaysiakini.

Interested in having your press releases, exclusive interviews, or branded content articles on Malaysiakini? For more information, contact advertise@malaysiakini.com or advertise@fgmedia.my


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS
ADS
ADS