Paling Popular
Terkini
mk-logo
Pengumuman
KOPETRO Travel tawar pakej pelancongan luar negara bawah RM2,000 di MATTA Fair KL September 2023
Diterbitkan:  Aug 30, 2023 2:36 PM
Dikemaskini: 6:36 AM

KUALA LUMPUR – Setelah diiktiraf sebagai Pameran Pelancongan Antarabangsa Terbesar oleh Malaysia Book of Records pada edisi Mac lalu, MATTA Fair Kuala Lumpur kembali lagi untuk edisi yang ke-53. Pameran pelancongan yang dianjurkan oleh Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) itu akan sekali lagi diadakan di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), pada 1 hingga 3 September 2023.

KOPETRO melalui anak syarikatnya, KOPETRO Travel & Tours (KOPETRO Travel) yang merupakan syarikat pengurusan pelancongan berlesen dan ahli MATTA, turut menyertai pameran yang diadakan untuk mempromosikan industri pelancongan di Malaysia itu. Sebagai pusat sehenti pelancongan menawarkan pelbagai kemudahan dalam satu payung, KOPETRO Travel sekali lagi tampil dengan pelbagai promosi menakjubkan khas untuk pengunjung MATTA Fair kali ini.

Antara promosi menarik yang ditawarkan oleh KOPETRO Travel pada MATTA Fair edisi ini adalah pakej Umrah Premium yang boleh didapati dengan harga bermula RM5,999 sahaja. Pakej Umrah Premium tidak termasuk tiket penerbangan pergi dan balik, sesuai untuk jemaah yang ingin memilih tarikh ke Tanah Suci mengikut masa sendiri. KOPETRO Travel menawarkan pengalaman lancar mengerjakan Umrah dengan dilindungi visa pelancongan dan insurans perjalanan, dibimbing mutawwif berpengalaman serta pengangkutan menggunakan kenderaan MPV atau SUV.

Selain pakej tersebut, orang ramai juga berpeluang mendapatkan pakej inklusif Umrah dengan harga bermula RM9,699 untuk tarikh perjalanan pada 26 November hingga 6 Disember 2023, selain pakej bermula RM8,699 untuk perjalanan pada 8 Februari hingga 18 Februari 2024, dan perjalanan 6 Mac hingga 16 Mac 2024 yang boleh didapati pada harga bermula RM9,399.

Juga menarik untuk pengunjung MATTA Fair KL, KOPETRO Travel menawarkan pakej percutian berbaloi bermula serendah RM1,500 yang pasti memikat hati mereka yang gemar melancong. Antara lokasi menarik yang boleh dilawati dengan harga rendah adalah pakej empat hari tiga malam ke Bangkok, Thailand yang boleh didapati pada harga RM1,500 seorang, Bali dan Nusa Penida, Indonesia pada harga RM1,600, Phuket, Thailand bermula RM1,800, Ho Chi Minh, Vietnam dengan harga RM1,600 dan juga pakej melawat ibu kota Indonesia, Jakarta serta Bandung pada harga RM1,500 sahaja untuk seorang.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif KOPETRO, Ahmad Shakir Ahmad Ubaidah KOPETRO Travel kembali ke MATTA Fair dengan semangat yang lebih tinggi setelah mendapat sambutan dan jualan menggalakkan pada edisi Mac yang lalu, dan ingin meneruskan momentum untuk memperkukuhkan reputasi syarikat tersebut sebagai penyedia pakej pelancongan menawarkan pelbagai kemudahan percutian di bawah satu payung.

“KOPETRO Travel kembali ke MATTA Fair dengan semangat yang lebih tinggi untuk memperkukuh reputasi kami dan menyajikan pakej-pakej yang berpatutan dan penuh dengan nilai tambah untuk orang ramai. Pengunjung yang singgah ke tapak pameran KOPETRO berpeluang mendapatkan pelbagai pakej promosi inklusif yang pasti memudahkan perjalanan percutian mereka,” ujar Ahmad Shakir.

Tambah Ahmad Shakir lagi, KOPETRO Travel berterusan menyediakan pakej pelancongan terbaik dengan mutu perkhidmatan yang tinggi, selain menghasilkan produk-produk pelancongan yang menepati keperluan dan keinginan masyarakat.

Pengunjung yang hadir ke tapak pameran KOPETRO Travel bernombor 2G23 dan membuat tempahan mana-mana pakej pelancongan, juga bakal disajikan dengan pelbagai aktiviti cabutan bertuah sepanjang tiga hari pameran dan berpeluang mendapatkan hadiah dan cenderahati seperti tag bagasi, pemegang pasport, travel adapter dan banyak lagi.

Pameran pelancongan terbesar MATTA Fair ini sentiasa dinantikan oleh rakyat Malaysia setiap tahun terutamanya bagi mereka yang inginkan pakej percutian dengan tawaran hebat.

Orang ramai yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pakej-pakej percutian yang ditawarkan oleh KOPETRO Travel boleh menghubungi talian hotline di 03-21641577 atau 019-2577847, serta melayari laman web KOPETRO Travel di www.kopetrotravel.com.my. Selain itu, orang ramai juga boleh mengikuti akaun media sosial @kopetrotravel di Facebook, Instagram dan TikTok untuk informasi dan promosi terbaharu.

KOPETRO Travel menawarkan servis pelancongan dan percutian dengan pengalaman hampir 40 tahun menerajui industri pelancongan negara. KOPETRO Travel menyediakan rangkaian perkhidmatan serta nilai tambahan yang komprehensif untuk memudahkan percutian pelanggan.

Pelbagai anugerah telah berjaya dirangkul sejak syarikat ini ditubuhkan, antaranya Agensi Malaysia Terbaik Keseluruhan daripada Malaysia Airlines dan Rakan Perdagangan Paling Bernilai oleh Qatar Airways pada tahun 2023. Sebelum ini, KOPETRO Travel juga diberi penghargaan Jenama Terbaik The BrandLaureate SMEs BestBrands Award bagi kategori Riadah - Solusi Percutian dan Pelancongan pada tahun 2022 selain anugerah ‘Annual Million Dollar Award’ daripada Malaysia Airlines.

KOPETRO Travel juga telah berjaya dilantik sebagai salah satu agensi pelancongan di bawah agensi antarabangsa iaitu ‘The Advantage Global Network’. Penyertaan ini sekaligus membolehkan para pelanggan KOPETRO Travel mendapatkan pelbagai perkhidmatan pelancongan di seluruh dunia. Selain itu, syarikat ini juga merupakan agensi di bawah International Air Transport Association (IATA) yang diakreditasi.


Kandungan ini disediakan oleh Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad (KOPETRO)


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS