mk-logo
Pengumuman
KOPETRO gegar MATTA Fair Sarawak 2023
Diterbitkan:  Mar 3, 2023 6:45 PM
Dikemaskini: 10:45 AM

MATTA Fair kembali lagi untuk tahun 2023 dengan Sarawak menjadi pembuka tirai untuk edisi ke-17 pameran pelancongan yang dianjurkan oleh Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) itu.

Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad (KOPETRO) melalui anak syarikatnya, KOPETRO Travel & Tours (KOPETRO Travel) turut sama menyertai siri pameran yang akan diadakan secara serentak di Boulevard Shopping Mall, Kuching dan Permaisuri Imperial City Mall, Miri pada 4 hingga 5 Mac ini.

MATTA Fair menjadi satu platform untuk pengguna memilih destinasi percutian impian mereka dengan mudah pada harga promosi, melalui pakej-pakej pelancongan menarik ke dalam dan luar negara yang ditawarkan oleh pengendali pelancongan berlesen seperti KOPETRO Travel.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif KOPETRO, Ahmad Shakir Ahmad Ubaidah, KOPETRO Travel tidak melepaskan peluang untuk turut serta dalam pameran yang diadakan di Bumi Kenyalang itu dengan menawarkan pakej yang bertepatan dengan kemampuan rakyat Malaysia terutamanya mereka yang berada di negeri Sarawak.

“Sebagai sebuah pusat sehenti pelancongan yang menawarkan pelbagai kemudahan percutian di bawah satu payung, pakej yang lengkap dan jimat boleh dinikmati oleh semua pelanggan kami. Orang ramai yang singgah ke tapak pameran KOPETRO berpeluang mendapatkan pelbagai pakej promosi inklusif yang pasti memudahkan perjalanan percutian mereka,” ujar Ahmad Shakir.

Tambah Ahmad Shakir lagi, KOPETRO Travel sentiasa komited menyediakan pakej pelancongan terbaik dengan mutu perkhidmatan yang tinggi, selain menghasilkan produk-produk pelancongan yang menepati keperluan dan keinginan masyarakat.

Menarik untuk pengunjung MATTA Fair Sarawak, KOPETRO Travel menawarkan pakej pelancongan secara kumpulan yang lengkap ke beberapa lokasi indah di seluruh dunia. Antara pakej eksklusif ke Eropah yang pasti mencuri perhatian adalah percutian ke Balkan (RM7,588), Sepanyol dan Maghribi (RM9,388), Eropah Barat (RM8,399) dan Turkiye (RM4,990).

Tidak cukup dengan itu, percutian ke lokasi ikonik di Asia juga boleh didapatkan melalui pakej ke Seoul dan Nami Island di Korea Selatan (RM3,690), Pakistan (RM6,890), Hat Yai (RM359) dan Ho Chi Minh (RM1,690) untuk beli-belah kelengkapan hari raya.

Pameran pelancongan terbesar MATTA Fair ini sentiasa dinantikan oleh rakyat Malaysia setiap tahun terutamanya bagi mereka yang inginkan pakej percutian dengan tawaran hebat. Selepas Sarawak, MATTA Fair akan meneruskan siri pameran berikutnya di Pusat Perdagangan dan Konvensyen Antarabangsa Malaysia (MiTEC), Kuala Lumpur pada 17 hingga 19 Mac 2023 nanti.

KOPETRO Travel mempunyai hampir 40 tahun pengalaman pengurusan pelancongan yang menyediakan rangkaian perkhidmatan serta nilai tambahan yang komprehensif untuk memudahkan percutian pelanggan melalui hubungan strategik dengan rakan niaga di seluruh dunia.

Pelbagai anugerah telah berjaya dirangkul sejak syarikat ini ditubuhkan, antaranya Jenama Terbaik The BrandLaureate SMEs BestBrands Award bagi kategori Riadah - Solusi Percutian dan Pelancongan pada tahun 2022 selain anugerah “Annual Million Dollar Award” daripada Malaysian Airlines.

KOPETRO Travel juga telah berjaya dilantik sebagai salah satu agensi pelancongan di bawah agensi antarabangsa iaitu “The Advantage Global Network”. Penyertaan ini sekaligus membolehkan para pelanggan KOPETRO Travel mendapatkan pelbagai perkhidmatan pelancongan di seluruh dunia. Selain itu, syarikat ini juga merupakan agensi di bawah International Air Transport Association (IATA) yang diakreditasi dan ahli MATTA.

Untuk maklumat lanjut mengenai KOPETRO Travel, layari laman web https://www.kopetrotravel.com.my/ atau ikuti akaun media sosial @kopetrotravel di Facebook, Instagram dan TikTok.


Kandungan ini disediakan oleh Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS