Paling Popular
Terkini
mk-logo
Pengumuman
WIDE Technologies Menampilkan PrimeCashX untuk Memberi Perkhidmatan Yang Lebih Baik kepada Industri Perkhidmatan Kewangan
Diterbitkan:  Feb 16, 2023 11:33 AM
Dikemaskini: 3:37 AM

WIDE Technologies Malaysia Sdn Bhd, firma fintech terkemuka bagi Sistem Pengurusan Tunai, serta Perbankan Internet dan Mudah Alih di Malaysia telah melancarkan PrimeCash X.

Produk yang berjaya ini bermula daripada PrimeCash yang asal – iaitu aplikasi sistem perbankan bersepadu istimewa syarikat berkenaan, yang digunakan secara meluas oleh lebih daripada 20 bank di Indonesia, Malaysia dan rantau ini.

PrimeCash X mengambil kira permintaan oleh rakan kongsi WIDE Technologies untuk ciri-ciri yang lebih baharu, antara lain termasuk Kadar Istimewa, Pengurusan Harta, Urusan Forex, Pasaran (Bon), Penyesuaian Pelanggan dan Pengurusan Pembayaran Cukai. Produk terbabit sudah digunakan – tanpa kerumitan - oleh Bank Negara Indonesia (BNI) dan Bank Bumi Arta di Indonesia.

"Dipercayai oleh lebih daripada 20 pelanggan dari Indonesia dan Asia Tenggara, WIDE Technologies telah terbukti menyediakan solusi selamat yang membolehkan rakan kongsi kami menyesuaikannya dengan keperluan mereka, " kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pardjo Yap.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Pardjo Yap

PrimeCash X daripada WIDE Technologies adalah fleksibel dan boleh dikonfigurasikan. Produk berkenaan turut mempunyai Perkhidmatan Mikro yang dijalankan menerusi teknologi bebas, dan Open API yang menangani kesalinghubungan untuk proses.

Dengan penggunaannya yang berjaya di kebanyakan bank peringkat pertama di Malaysia, WIDE Technologies meluaskan sayapnya dalam kalangan pelanggan serantau menerusi ASEAN dan seterusnya, bermatlamat untuk bergelar inovator serantau dan rujukan pasaran. Perkongsian semasanya bersama lebih daripada 20 bank serantau dan domestik terkemuka di Indonesia, Malaysia dan negara Asia Tenggara yang lain memberikan keyakinan kepada WIDE Technologies bahawa ia bakal menjadi pilihan utama untuk membantu dan memenuhi aspirasi lebih ramai rakan kongsi.

Pardjo Yap menambah bahawa barisan produk menyeluruh WIDE memenuhi piawaian tertinggi kawal selia dan keselamatan industri ASEAN dan sedunia. Pencapaian sedemikian, menurutnya, melebihi jangkaan dan piagam pengurusan risiko bagi bank Peringkat 1 domestik dan serantau dalam perkhidmatannya.

"Pengurusan projek WIDE yang berdedikasi dan berpengalaman menjamin pelaksanaan pantas penawaran produk bersepadu sepenuhnya dan sangat modular yang boleh dikonfigurasikan kepada keperluan khusus pelanggan kami,” katanya.

Dalam barisan produknya, WIDE Technologies antara lain turut menawarkan Prime Token yang  membenarkan transaksi dalam talian, Prime Gateway (solusi integrasi aplikasi syarikat untuk pelanggan) dan PrimeCash COB yang membolehkan pelanggan memulakan proses penyesuaian digital mereka pada peranti mudah alih.

"WIDE Technologies sehingga kini terbukti sebagai syarikat yang komited, kukuh, fleksibel, berpengalaman dan dilindungi pelaburan bagi menjalin kerjasama dengan lebih banyak bank dan berharap untuk berkembang bersama seiring dengan kejayaan pelanggan kami serta memberikan kesejahteraan kepada semua pihak" tambah Pardjo Yap.


Kandungan ini disediakan oleh PubliCT.io.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS