Paling Popular
Terkini
mk-logo
Pengumuman
Membina Masa Depan Fintech Dengan 'Embedded Finance' dan Perbankan Maya
Diterbitkan:  Feb 14, 2023 10:42 AM
Dikemaskini: Apr 12, 2023 8:23 AM

Dalam era pendigitalan, kita tidak perlu lagi ke bank untuk menjalani transaksi atau memohon pinjaman. Sebaliknya, kita kini boleh melakukan semua transaksi tersebut dengan mudah, hanya melalui telefon bimbit.

Peralihan ke arah perkhidmatan kewangan digital ini telah meningkatkan 'embedded finance' (kewangan tertanam), di mana produk dan perkhidmatan kewangan seperti pinjaman, pemprosesan pembayaran atau insurans disepadukan ke dalam infrastruktur perniagaan bukan kewangan seharian tanpa perlu mengubah hala tuju kepada institusi kewangan tradisional, maka menjadikan perkhidmatan kewangan lebih senang diakses, lancar dan mudah¹.

Di Amerika Syarikat (AS), dilaporkan bahawa 'embedded finance' telah menyumbang kepada $2.6 trilion pada 2021 dan, dijangka melebihi $7 trilion² menjelang 2026. Asia dijangka akan mengikuti trend ini kerana pasaran telah bersedia untuk pertumbuhan drastik³ untuk 'embedded finance' kerana inovasi ini akan menambah baik pengalaman pelanggan dan mewujudkan akses kewangan yang lebih meluas, di samping menyediakan peluang pengurangan kos dan risiko kepada syarikat di seluruh rantaian nilai. Pembangunan masa hadapan teknologi 'embedded finance' secara meluas dianggap berpotensi untuk menjadi 'gold rush' (lubuk emas)  dan mengubah sepenuhnya model perniagaan perkhidmatan kewangan di seluruh dunia.

Di dalam pasaran Asia Tenggara, Boost, cabang fintech spektrum penuh serantau Axiata, sudah pun mempunyai permulaan utama dalam aliran ini. Baru-baru ini, syarikat itu menjadi tumpuan utama di dalam industri fintech setelah berjaya mendapatkan lesen bank digital di Malaysia dan akan menerajui usaha untuk merapatkan jurang dalam keterangkuman kewangan. Malah, syarikat itu mempunyai rekod prestasi yang terbukti melalui perniagaan pinjaman digitalnya yang berasaskan AI yang memberi perkhidmatan kewangan secara berskala kepada golongan yang kurang mendapat perkhidmatan kewangan. Boost telah memberi pinjaman bernilai lebih RM2.5 bilion yang disalurkan kepada beribu-ribu PKS di seluruh Malaysia dan Indonesia, di samping mengekalkan kadar satu digit yang sihat untuk 'non-performing loans' (pinjaman tidak berbayar).

Selain itu, Boost mempunyai ekosistem fintech holistik yang merangkumi aplikasi fintech semua-dalam-satu yang mempunyai lebih 10 juta pengguna, platform penyelesaian bagi usahawan yang mempunyai lebih setengah juta titik sentuh usahawan, dan juga platform pembayaran rentas sempadan yang menghubungkan transaksi merentasi 7 negara. Oleh itu, Boost mempunyai kelebihan unik untuk memanfaatkan dan menyepadukan perniagaan pinjamannya berasaskan AI merentas seluruh ekosistemnya dalam tawaran bank digitalnya yang akan datang untuk menjadi peneraju dalam arena 'embedded finance'.

Sebagai contoh, apabila peniaga dan MSME perlu membuat pesanan daripada pengedar dan pembekal untuk membeli stok mingguan, Boost kini menawarkan penyelesaian pinjaman melalui pautan API untuk peniaga memesan stok menggunakan kredit sebagai alternatif kepada tunai dalam modul pembelian tersebut. Melalui Boost, penyelesaian kewangan digital telah diserap ke dalam pergerakan transaksi sedia ada dan kitaran belian perniagaan, yang menghasilkan kadar ulangan yang tinggi ke atas pinjaman, mencecah lebih 90% di Malaysia dan Indonesia.

Syarikat ini dijangka akan mengembangkan dan mengektrapolasi lagi model Ini menjangkau ekosistem fintech holistiknya untuk para usahawan dan pengguna, yang berpotensi berkembang kepada kesemua rakan niaga dalam pembayaran bil, beli-belah atas talian, insurans-mikro, hiburan, dan lebih lagi dengan kedatangan bank digital akan datang.

Bukan itu sahaja, kemudahan dan kebolehcapaian 'embedded finance' akan membuka jalan kepada kebangkitan perbankan maya, di mana pengalaman pelanggan produk dan perkhidmatan kewangan digital menjadi sangat lancar sehinggakan tidak terasa dalam kehidupan seharian kita.

Jadi mengapa ini penting? Di kawasan yang sebahagian besar penduduknya tidak mempunyai atau kekurangan perkhidmatan bank, teknologi 'embedded finance' dan perbankan maya akan memastikan pengguna dapat memenuhi keperluan kewangan mereka melalui platform bukan kewangan. Ini sangat penting untuk membentuk pengalaman pengguna yang positif dan memastikan bahawa perkhidmatan kewangan dapat diakses oleh semua – tanpa mengira kecelikan kewangan mereka.

Walau bagaimanapun, seperti mana-mana teknologi baharu, akan ada risiko yang berkaitan dengan perbankan maya ini. Memastikan keselamatan dan privasi data pelanggan adalah sangat penting, begitu juga memastikan pelanggan dilindungi daripada amalan tidak beretika atau pemangsa. Apabila industri matang dan peraturan ditetapkan, risiko akan berkurang apabila amalan terbaik keselamatan siber dilaksanakan untuk melindungi firma dan pelanggan.


Rujukan:

¹ What Is Embedded Finance?

² Embedded Finance: What It Takes to Prosper in the New Value Chain

³ Asia primed for embedded finance boom

Reshaping Access To Financial Services

The $7 Trillion Embedded Finance And BaaS Gold Rush


Kandungan ini disediakan oleh BOOST Malaysia.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS