Paling Popular
Terkini
mk-logo
Pengumuman
LengQuas anjur peraduan ‘Mari Makan LengQuas’
Diterbitkan:  Dec 27, 2022 10:13 AM
Dikemaskini: 2:13 AM

LengQuas yang merupakan sebuah jenama keluaran KOPETRO Food Sdn. Bhd., menganjurkan peraduan ‘Mari Makan LengQuas’ bagi menghargai sokongan yang ditunjukkan oleh pelanggan setia LengQuas dengan memberi hadiah eksklusif produk LengQuas kepada para pemenang. 

Ketua Pegawai Eksekutif KOPETRO, Ahmad Shakir bin Ahmad Ubaidah berkata dengan pembelian mana-mana menu makanan LengQuas yang terdapat di pasaran selain mengikut syarat berkaitan, pelanggan boleh menyertai peraduan ini. Pelanggan LengQuas berpeluang untuk memenangi hadiah yang ditawarkan dengan hanya mengambil gambar mereka bersama produk LengQuas. 

“Pelanggan boleh memilih mana-mana produk LengQuas dan mengambil gambar makanan tersebut sambil meletakkan kapsyen menarik pada gambar tersebut. Pelanggan yang berjaya mengambil gambar dengan kapsyen yang paling kreatif akan berpeluang memenangi hadiah yang ditawarkan istimewa buat sepuluh pemenang bertuah” ujar Ahmad Shakir.

LengQuas menawarkan peluang kepada sepuluh pemenang bertuah untuk memenangi set LengQuas yang bernilai RM50. Bukan itu sahaja, bagi menghargai kesemua pelanggan LengQuas, sepuluh pemenang bertuah juga akan dipilih bagi memenangi hadiah saguhati. Menjadikan jumlah keseluruhan pemenang yang bakal dipilih untuk menjadi pemenang bagi peraduan ini adalah seramai dua puluh peserta. 

Selain dengan membuat pembelian produk LengQuas yang terdiri daripada menu-menu masakan citarasa tempatan, pelanggan juga perlu untuk mengikuti akaun media sosial rasmi  LengQuas di Facebook, Instagram dan TikTok. Ini juga merupakan salah satu syarat yang dikenakan kepada semua pelanggan yang ingin menyertai peraduan ini.

Mempunyai 9 pilihan menu berasaskan makanan sejuk beku, jenama LengQuas kini telah mendapat tempat di hati para peminat. Antara menu LengQuas adalah Daging Masak Hitam, Paru Goreng Berlada, Ayam Masak Hitam dan Daging Dendeng. 

Selain itu, produk berasaskan nasi juga boleh didapati antaranya Nasi Briyani Ayam Merah, Nasi Hujan Panas dan Nasi Daging Masak Hitam. Pelanggan yang ingin mendapatkan produk LengQuas boleh berkunjung ke mana-mana Kedai Ayamas, 7-Eleven, Kedai Mesra dan Kedai PERNAMA berdekatan anda. 

Bagi orang ramai yang berminat untuk mendaftar menjadi ejen atau pengedar LengQuas, anda boleh menghubungi talian hotline LengQuas di talian 017-319 5764. Ikuti akaun media sosial @lengquas.official di Facebook dan Instagram untuk perkembangan terkini.


Kandungan ini disediakan oleh Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS