mk-logo
Pengumuman
KOPETRO Travel lakar kejayaan di ‘The BrandLaureate Brand of the Year Awards 2022’
Diterbitkan:  Dec 9, 2022 11:01 AM
Dikemaskini: 3:01 AM

KOPETRO Travel & Tours Sdn. Bhd. sebuah anak syarikat milik Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad (KOPETRO) telah berjaya menerima sebuah anugerah di The BrandLaureate Brand of the Year Awards 2022, bertempat di Majestic Hotel, Kuala Lumpur semalam. KOPETRO Travel telah membawa pulang sebuah anugerah Jenama Terbaik The BrandLaureate SMEs BestBrands Award bagi kategori Riadah - Solusi Percutian dan Pelancongan 2022 (SMEs BestBrands Award - Leisure (Travel & Tour Solutions) atas kredibiliti dan konsistensi dalam mengembangkan perniagaan seterusnya menjana ekonomi negara.

Menghadiri majlis malam gala untuk menerima anugerah tersebut bagi pihak KOPETRO Travel adalah Jawatankuasa Eksekutif Anggota Lembaga Koperasi yang diketuai oleh Pengerusi KOPETRO, Encik Roslan bin Abd Rahim, dengan disertai oleh Naib Pengerusi KOPETRO, Puan Hajah Riguan binti Rashidi, Setiausaha KOPETRO, Encik Zamri bin Ismail, Bendahari KOPETRO, Tuan Haji Adam bin Keling, selain Ketua Bahagian Jualan dan Pemasaran KOPETRO Encik Ahmad Fadhil bin Hassan. 

Pengerusi KOPETRO, Encik Roslan bin Abdul Rahim berkata pengiktirafan ini didedikasikan kepada semua warga kerja KOPETRO khususnya KOPETRO Travel dan diharap agar dapat menyuntik semangat mereka untuk terus komited dan bekerja keras dalam mendepani cabaran semasa dan akan datang, seterusnya memberikan perkhidmatan yang terbaik buat semua pelanggan yang telah bersama-sama KOPETRO Travel sejak ia ditubuhkan.

“Bagi pihak Jawatankuasa Eksekutif yang lain, saya ingin menzahirkan rasa penghargaan kepada Anggota Lembaga Koperasi dan semua anggota KOPETRO yang sentiasa memberikan sokongan padu dalam setiap usaha yang dijayakan KOPETRO tanpa berbelah bagi,” ujar beliau dengan penuh kesyukuran. 

Tambah beliau lagi, pengikitrafan ini jelas membuktikan KOPETRO Travel sebagai sebuah agensi pelancongan yang kompeten dan dipercayai dalam menguruskan hal-hal berkaitan dengan pelancongan di dalam dan luar negara. 

Anugerah pada malam itu telah disampaikan oleh Pengerusi The BrandLaureate, Tan Sri Rainer Althoff bersama Presiden The BrandLaureate, Dr. KK Johan dan diiringi oleh Ketua Pegawai Eksekutif The BrandLaureate, Chew Bee Peng. 

KOPETRO Travel menawarkan servis pelancongan dan percutian dengan pengalaman hampir 40 tahun menerajui industri pelancongan negara. KOPETRO Travel menyediakan rangkaian perkhidmatan serta nilai tambahan yang komprehensif untuk memudahkan percutian pelanggan. 

Pelbagai anugerah telah berjaya dirangkul sejak syarikat ini ditubuhkan, antaranya ialah anugerah “Annual Million Dollar Award” daripada Malaysian Airlines. KOPETRO Travel juga telah berjaya dilantik sebagai salah satu agensi pelancongan di bawah agensi antarabangsa iaitu “The Advantage Global Network”. Penyertaan ini sekaligus membolehkan para pelanggan KOPETRO Travel mendapatkan pelbagai perkhidmatan pelancongan di seluruh dunia. Selain itu, KOPETRO Travel juga merupakan agensi di bawah International Air Transport Association (IATA) yang diakreditasi dan ahli Persatuan Ejen Pelancongan Malaysia (MATTA).

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai KOPETRO Travel, layari laman web www.kopetrotravel.com.my atau ikuti akaun @kopetrotravel di Facebook, Instagram dan YouTube.


Kandungan ini disediakan oleh Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad.

Berminat untuk menyiarkan pengumuman anda di Malaysiakini? Hubungi kami di [email protected] atau WhatsApp di talian +60 17-323 0707 untuk sebarang pertanyaan.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS