mk-logo
Pengumuman
KOPETRO anjur perlawanan bola sepak antara koperasi
Diterbitkan:  Dec 7, 2022 3:01 PM
Dikemaskini: 7:01 AM

Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad (KOPETRO) telah menganjurkan sebuah perlawanan bola sepak antara koperasi di Stadium Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) di Pandan Perdana, Kuala Lumpur pada hari Sabtu, 3 Disember 2022 yang lalu. Perlawanan bola sepak yang diadakan buat julung kali itu menyaksikan aksi hebat tiga buah koperasi lain yang terdiri daripada Koperasi Tenaga Nasional Berhad (TNB), Koperasi Angkatan Tentera Malaysia, Koperasi Co-opbank Pertama Malaysia Berhad selain KOPETRO dalam pertarungan merebut Piala KOPETRO. Seramai 100 orang peserta yang mewakili koperasi yang terlibat telah hadir ke Stadium MPAJ bagi memeriahkan perlawanan bola sepak tersebut.

Ketua Pegawai Eksekutif KOPETRO, Encik Ahmad Shakir bin Ahmad Ubaidah yang turut hadir memberikan sokongan kepada para peserta memberitahu matlamat utama penganjuran perlawanan bola sepak ini adalah untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara koperasi dan secara tidak langsung dapat menerapkan nilai kompetitif dan berdaya saing dalam satu persaingan yang sihat.

Perlawanan bola sepak yang menggunakan format liga itu menyaksikan pasukan KOPETRO memenangi perlawanan pusingan pertama menentang pasukan Koperasi Angkatan Tentera Malaysia. Manakala, bagi perlawanan pusingan kedua dimenangi oleh pasukan Koperasi Co-opbank Pertama Malaysia Berhad menentang Koperasi Tenaga Nasional Berhad. 

Juara bagi keseluruhan perlawanan telah pun ditentukan dengan sepakan penalti antara juara Kumpulan dan naib juara kumpulan dan kemenangan berpihak kepada pasukan KOPETRO dengan mata keseluruhan sebanyak 7 mata diikuti oleh pasukan Koperasi Angkatan Tentera Malaysia sebanyak 6 mata. 

Keputusan penuh perlawanan bola sepak Piala KOPETRO menunjukkan Koperasi Co-opbank Pertama Malaysia Berhad ditempat ketiga manakala Koperasi Tenaga Nasional Berhad menduduki tempat keempat.

Ditubuhkan lebih 40 tahun yang lalu, kini KOPETRO berada di kedudukan 2 Koperasi Terbaik di seluruh Malaysia. KOPETRO juga telah menerima dua anugerah berprestij pada tahun 2020, anugerah oleh The Brandlaureate bagi kategori SMEs Bestbrands E-Branding Award dan juga Lang International Corporate Titan Awards. Selain Servis Kewangan, KOPETRO juga terlibat di dalam bidang Pelancongan dan Perhotelan, Makanan dan Minuman juga Perdagangan dan Peruncitan. 

Maklumat lanjut mengenai Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad (KOPETRO) boleh didapati di laman sesawang KOPETRO di www.kopetro.com.my atau di akaun media sosial Facebook dan Instagram @kopetroberhad.


Kandungan ini disediakan oleh Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad.

Berminat untuk menyiarkan pengumuman anda di Malaysiakini? Hubungi kami di [email protected] atau WhatsApp di talian +60 17-323 0707 untuk sebarang pertanyaan.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS