Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad (KOPETRO) menerusi anak syarikatnya KOPETRO Travel & Tours Sdn. Bhd. telah menganjurkan sebuah majlis penyampaian hadiah sempena kempen ‘Cuti Sakan Bersama KOPETRO Travel’ di Flora Terrace, Hampshire Place semalam. Majlis yang dianjurkan itu berlangsung dengan penuh meriah dihadiri barisan pengurusan KOPETRO serta jemputan-jemputan khas, rakan-rakan niaga, wakil-wakil media cetak dan elektronik, juga para pemenang bertuah yang diraikan sempena kempen ini.
Seramai 15 orang pembeli bertuah telah dipilih sebagai pemenang kempen yang dijalankan pada 1 Julai sehingga 30 September yang lalu. Pemenang-pemenang telah hadir ke majlis ini bagi mencabut sendiri hadiah berupa pakej percutian dan pelancongan bernilai lebih RM15,000 yang ditawarkan. Antara hadiah yang telah berjaya dibawa pulang oleh para pemenang adalah percutian ke Langkawi selama 3 hari 2 malam, tiket ke taman tema Sky World Genting, pakej pelancongan ke Krabi selama 3 hari 2 malam serta pelbagai lagi hadiah menarik.
Memetik ucapan Ketua Pegawai Eksekutif KOPETRO, Encik Ahmad Shakir bin Ahmad Ubaidah, ‘Cuti Sakan Bersama KOPETRO Travel’ adalah inisiatif yang diambil bagi mempromosikan tempat-tempat pelancongan yang menarik di dalam dan luar negara seterusnya memacu pendapatan negara dalam usaha kerajaan untuk meningkatkan ekonomi menerusi industri pelancongan.
“Peralihan ke fasa endemik memberikan harapan baharu terhadap sektor perniagaan lebih-lebih lagi industri pelancongan yang teruk terkesan sewaktu pandemik Covid-19 melanda dunia” ujar Ahmad Shakir.
Kempen ‘Cuti Sakan Bersama KOPETRO Travel’ mensasarkan ibubapa, pasangan dan juga pelancong berkumpulan sebagai kumpulan sasaran utama dengan tawaran lebih 100 pakej yang terdiri daripada beberapa pakej lawatan dan percutian dalam negara serta pakej pelancongan antarabangsa termasuklah pas taman tema Sunway Lagoon, Genting Skyworld, Lost World of Tambun, Bangi Wonderland dan Legoland Malaysia yang mendapat sambutan yang sungguh menggalakkan.
KOPETRO Travel & Tours Sdn. Bhd. merupakan anak syarikat milik Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad (KOPETRO) yang menawarkan servis pelancongan dan percutian. Sebagai salah satu agensi pelancongan yang ditubuhkan lebih 30 tahun yang lalu, KOPETRO Travel terus menyediakan rangkaian perkhidmatan serta nilai tambahan yang komprehensif untuk memudahkan percutian pelanggan.
Pelbagai anugerah telah berjaya dirangkul sejak syarikat ini ditubuhkan. Antaranya ialah anugerah “Annual Million Dollar Award” daripada Malaysian Airlines. KOPETRO Travel juga telah berjaya dilantik sebagai salah satu agensi pelancongan di bawah agensi antarabangsa iaitu “The Advantage Global Network”. Penyertaan ini sekaligus membolehkan para pelanggan KOPETRO Travel mendapatkan pelbagai perkhidmatan pelancongan di seluruh dunia. Selain itu, syarikat ini juga merupakan agensi di bawah International Air Transport Association (IATA) yang diakreditasi dan ahli Persatuan Ejen Pelancongan Malaysia (MATTA).
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai KOPETRO Travel, layari laman web www.kopetrotravel.com.my atau ikuti akaun @kopetrotravel di Facebook, Instagram dan YouTube.
Kandungan ini disediakan oleh Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad.
Berminat untuk menyiarkan pengumuman anda di Malaysiakini? Hubungi kami di [email protected] atau WhatsApp di talian +60 17-323 0707 untuk sebarang pertanyaan.