Paling Popular
Terkini
mk-logo
Pengumuman
Rakam memori indah di Hatyai bersama KOPETRO Travel
Diterbitkan:  Sep 23, 2022 5:00 PM
Dikemaskini: 9:00 AM

Sektor pelancongan kini seperti kembali bernafas apabila pelancong mula membanjiri kawasan pelancongan di seluruh dunia. Pelancong berlumba-lumba mengambil peluang ini seakan ‘membalas dendam’ setelah sekian lama tidak berpeluang untuk melancong akibat pandemik Covid-19. Melihat kepada keadaan ini, Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad (KOPETRO), KOPETRO Travel & Tours Sdn. Bhd. mengambil langkah dengan memperkenalkan pakej percutian dan pelancongan yang mempromosikan tempat-tempat pelancongan menarik sempena Kempen Cuti Sakan yang telah pun dilancarkan pada 15 Julai yang lalu. 

Ketua Pegawai Eksekutif KOPETRO, Ahmad Shakir Ahmad Ubaidah berkata pelancongan merupakan nadi penggerak utama Malaysia, berikutan itu KOPETRO Travel berhasrat untuk menjadi salah satu penyumbang kepada ekonomi negara melalui sektor pelancongan yang kembali pulih selepas fasa pandemik yang melihatkan sektor ini seakan lumpuh. 

“KOPETRO akan terus menyediakan pakej yang berbaloi terutamanya buat mereka yang menginginkan percutian yang selesa dan menyeronokkan untuk melancong ke luar negara bersama keluarga mahupun rakan-rakan. Segalanya akan diuruskan untuk memastikan pelanggan dapat mengabadikan pengalaman yang bermakna” ujar Ahmad Shakir.

Sempena Kempen Cuti Sakan ini, antara pakej menarik yang mendapat sambutan hangat ialah pakej percutian ke Hatyai, Thailand pada harga serendah RM339 bagi percutian selama 4 hari 2 malam. Lokasi hotel yang terletak di kawasan bandar Hatyai juga memudahkan pelanggan untuk ke tempat-tempat menarik seperti pusat membeli-belah di bandar Hatyai. Pelanggan juga dapat menghayati keindahan pantai yang terdapat di Hatyai serta menikmati pelbagai jenis juadah menarik yang terdapat di Pasar Khlong Hae di mana mereka menjual makanan halal dan menarik dengan hanya menaiki sampan. 

Hatyai sememangnya terkenal dengan syurga membeli-belah yang menjadi tumpuan orang ramai dari dalam dan luar negara kerana mereka menjual pelbagai jenis barangan serta aksesori wanita pada harga murah. Bukan itu sahaja pelanggan juga berkesempatan untuk bergambar dan rakam memori indah bersama patung duyung emas yang menjadi tarikan pelancong di Pantai Samila. 

Menariknya pakej bersama KOPETRO Travel ini pelanggan tidak perlu risau dan gusar tentang tempat yang ingin dituju kerana jadual perjalanan sepanjang percutian telah pun disediakan dan akan dibawa oleh pemandu pelancong yang berpengalaman menjadikan percutian pelanggan lebih menyeronokkan dan berinformasi. 

Kempen ‘Cuti Sakan bersama KOPETRO Travel’ yang dilancarkan pada 15 julai yang lalu bakal tamat pada 30 september ini. Rebut peluang untuk memenangi hadiah bernilai lebih RM15,000 dengan membeli pakej ke Hatyai seterusnya melayakkan diri memenangi hadiah yang ditawarkan. 

Untuk mendapatkan pakej yang ditawarkan, orang ramai yang berminat boleh menghubungi talian hotline KOPETRO Travel 03-21641577 atau melayari website KOPETRO Travel di www.kopetrotravel.com.my atau mengikuti akaun media sosial @kopetrotravel di Facebook dan Instagram. 


Kandungan ini disediakan oleh Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad.

Berminat untuk menyiarkan pengumuman anda di Malaysiakini? Hubungi kami di [email protected] atau WhatsApp di talian +60 17-323 0707 untuk sebarang pertanyaan.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS