Lazada Malaysia bekerjasama dengan Islamic Relief Malaysia untuk mengumpulkan dana sebanyak RM2.3 juta menerusi LazadaForGood, platform pemberian digital, bagi membantu lebih daripada 40,000 penerima sumbangan yang bakal menerima pek makanan Rezeki Ramadan yang mengandungi bekalan makanan asas dan keperluan harian, sebagai sebahagian daripada inisiatif impak sosial pada bulan yang mulia ini.
“Sempena Ramadan dan Syawal, Islamic Relief Malaysia menggandakan usaha untuk menyampaikan bantuan kemanusiaan, dalam bentuk pek makanan yang akan diedarkan kepada keluarga berpendapatan rendah dan komuniti yang kurang berkemampuan. Justeru itu, peluang untuk bekerjasama sekali lagi dengan Lazada Malaysia amatlah bermakna kepada Islamic Relief Malaysia, dan manfaatnya pasti membawa impak yang besar buat mereka yang memerlukan. Dana tersebut akan dimanfaatkan untuk membiayai ribuan pek makanan Rezeki Ramadan yang mengandungi beras, tepung, makanan dalam tin, minyak masak, gula, buah kurma dan barang keperluan harian untuk mereka berbuka puasa dan bersahur,” kata Ketua Pegawai Eksekutif, Islamic Relief Malaysia, Zairulshahfuddin Zainal Abidin.
“Usaha membantu perkembangan dan keperluan masyarakat yang memerlukan adalah nadi dalam misi strategik Lazada Malaysia. Lantaran itu, kolaborasi dengan Islamic Relief Malaysia memberi peluang kepada pihak kami untuk mengoptimumkan daya kekuatan unik eDagang dalam membantu komuniti dan mendekatkan diri dengan para pelanggan menerusi pendekatan yang bermakna. Dengan pelancaran inisiatif ini pada bulan Ramadan yang mulia, kami berharap ianya dapat menggalakkan para pelanggan Lazada untuk bersama-sama menyumbang ke arah kebajikan sosial dengan menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan,” kata Darren Rajaratnam, Ketua Pegawai Operasi Lazada Malaysia.
Dengan hanya beberapa klik mudah di platform dalam talian LazadaForGood, anda boleh berkongsi sinar Ramadan dan Syawal dengan penerima sumbangan pek makanan Ramadan di bawah Islamic Relief Malaysia. Layari LazadaForGood dan pilih Islamic Relief Malaysia di senarai badan amal, klik nilai sumbangan yang ingin didermakan – pilih antara RM5, RM10, RM20, RM30, RM50, RM100 atau lebih, samada untuk Rezeki Ramadan, mySedekah atau bantuan kecemasan bencana tempatan – tambah ke dalam kart sumbangan dan check out. Sumbangan tersebut akan disalurkan kepada dana yang dikumpulkan oleh Islamic Relief Malaysia.
Orang ramai juga boleh menyumbangkan derma ikhlas kepada MyFundAction, UNICEF, dan badan-badan amal yang lain di LazadaForGood menerusi https://s.lazada.com.my/s.eKYQu.
LazLive: Konsert Amal Akustika Mubarak Tambah Ke Hati’ dan Duit Raya E-Wallet
Pada 21 April bermula pukul10 malam sehingga 12 tengah malam, saksikan konsert ‘Akustika Mubarak Tambah Ke Hati’ di LazLive, YouTube, Facebook and Instagram, yang membawakan persembahan istimewa oleh Shila Amzah, Alif Aziz, Faizal Tahir, Nabila Razali, serta segmen LazadaForGood bagi mengumpulkan dana khas untuk Islamic Relief Malaysia dan badan-badan amal yang lain, demi membantu komuniti yang memerlukan. Anda juga berpeluang untuk memenangi Duit Raya E-Wallet dan baucar bernilai keseluruhan RM40,000 apabila mengambil bahagian dalam LazLive. Berikut ialah pautan untuk menonton LazLive: https://s.lazada.com.my/s.eECi2
Sepanjang Ramadan, sertai Pasar Petang dan Jom Unbox sambil merebut pelbagai promosi hangat di Lazada. Dapatkan Lazada Bonus (potongan RM10 untuk setiap RM100*), LazCoins cashback sehingga 50% dan baucar Free Shipping.
Crazy Flash Sale: Tawaran Hebat yang Menambat Hati
Nikmati diskaun sehingga 90% atau tawaran serendah RM0.99 antara 4 sehingga 6 April, dan 18 sehingga 22 April. Dapatkan produk mesti-beli Ramadan dan Raya seperti Baju Kurung, Kebaya, Baju Melayu, dan juga songkok, tudung, buah kurma, telekung, sejadah, keperluan peribadi, aksesori, jam tangan, kosmetik dan barangan penjagaan kulit, kopi, barangan untuk membuat kek dan biskut, peralatan kecil dapur dan banyak lagi produk untuk menghias rumah anda untuk Hari Raya! Di samping itu, dapatkan potongan 40% + Free Shipping bagi produk terpilih.
LazMall, Big Brands Surprise dan Crazy Brand Mega Offer: Tawaran Mesti-Beli
Bulan Ramadan dan Raya ini, LazMall, destinasi untuk produk tulen berjenama di Lazada pastinya menjadi kegemaran anda dengan kejutan hangat dan tawaran mega jenama terkenal. Di antara pukul 12 tenghari sehingga 2 petang pada 4 sehingga 6 April, 18 sehingga 22 April, dan 5 sehingga 7 Mei, tebus baucar RM8 tanpa pembelian minimum dan juga baucar Free Shipping. Dari 7 sehingga 17 April, nikmati potongan RM20 apabila anda berbelanja RM200 dari LazMall jenama kegemaran anda. Dapatkan tawaran LazMall ‘Moreh Special’ iaitu diskaun RM30 dengan pembelian RM150 pada 18 sehingga 22 April, pada pukul 8 malam sehingga 12 tengah malam. Crazy Brand Mega Offer pula akan bermula pada 18 April, 12 tengah malam sehingga 2 pagi.
Baucar Free Shipping: Kumpul, Tebus dan Gandakan Penjimatan
Kumpulkan baucar ‘Free Shipping’ tanpa pembelian minimum dari ikon atau laman ‘Free Shipping’ di app Lazada, antara 4 sehingga 6 April, 18 sehingga 22 April, dan 5 sehingga 7 Mei – cuma pastikan anda tebus baucar tersebut pada hari yang sama. Bagi mereka yang bangun bersahur, rebut baucar Sahur ‘Free Shipping’ antara pukul 5 pagi sehingga 7 pagi, dan tebus baucar tersebut pada hari yang sama dengan pembelian mimimum serendah RM5.
Tebusan Lazada Bonus: Potongan RM10 bagi Setiap Pembelian RM100*
Satu lagi ganjaran untuk tambah keriangan buat anda. Dapatkan bonus ekstra RM10 bagi setiap pembelian sebanyak RM100* untuk produk terpilih. Bonus boleh mula dikumpul pada 13 April dan ianya boleh ditebus pada 18 sehingga 22 April.
LazCoins: Ganjaran 50% Cashback
Pastikan setiap Ringgit anda berbaloi di Lazada – semakin banyak anda berbelanja, semakin banyak ganjaran LazCoins cashback. Pada 4 sehingga 6 April, 18 sehingga 22 April, dan 5 sehingga 7 Mei, pelanggan setia Lazada akan memperolehi ganjaran LazCoins cashback* dengan pembelian minimum RM30. Di samping itu, Lazada akan menggandakan keceriaan dengan 15% LazCoins cashback kepada para pelanggan yang check out di antara pukul 5 pagi sehingga 7 pagi, dan 6 petang sehingga 8 malam. Pelanggan yang terlepas peluang untuk merebut 50% LazCoins cashback masih boleh menikmati ganjaran cashback 10% tanpa pembelian minimum. Dari 1 April sehingga 10 Mei, para pelanggan juga boleh menggunakan LazCoins untuk menebus hadiah percuma, hadiah pada harga diskaun dan baucar tajaan jenama hebat*.
Jimat Borong: Banyak Beli, Banyak Jimat
Tawaran ‘beli 2 dan dapatkan potongan 5%’, atau ‘beli 2 dan dapatkan hadiah percuma’ boleh dinikmati bermula 1 April. Para pelanggan boleh mula mengumpul baucar dari 1 April dan tebus baucar tersebut semasa kempen. Sepanjang tempoh tawaran, rebut peluang untuk dapatkan baucar 50% tanpa pembelian minimum untuk produk terpilih.
Lazzie Hunt dan Lazzie Game: Baucar Kejutan, Hadiah Percuma dan Duit Raya
Mari buru ganjaran hebat bersama mascot kesayangan Lazada, Lazzie. Sertai Lazzie Hunt untuk bermain kuiz pada pukul 5 pagi, 12 tengahari dan 6 petang. Mereka yang boleh menjawab 5 soalan dengan tepat boleh berkongsi hadiah big prize pool Wallet Rebate sehingga RM100,000 ataupun sejumlah besar LazCoins. Anda juga boleh menggunakan Lazzie untuk menyertai Lazzie Bid dan berpeluang memenangi hadiah terhad tajaan jenama hebat seperti Xiaomi, POCO, OPPO dan banyak lagi. Buru baucar kejutan sehingga RM30 yang boleh ditukar menggunakan Lazzie yang telah dikumpul. Sepanjang kempen, anda juga boleh menghantar Duit Raya kepada para sahabat dan ahli keluarga menerusi Lazzie Hunt dan mereka berpeluang menggunakannya untuk mendapatkan LazCoins, Wallet Rebate atau baucar sebagai ‘Duit Raya’.
Khas bagi anda yang membaca, klik pada pautan ini dan kumpulkan Lazzie untuk ganjaran hebat: https://pages.lazada.com.my/wow/gcp/qrcode-scan?hybrid=1&_delivery_source=PRSPECIAL&lazzieType=Random
Pastikan anda ‘Tambah ke Hati, Tambah ke Troli’ pelbagai tawaran ekslusif Ramadan dan Raya, baucar dan Tawaran Jenama Mega (Brand Mega Offers) sepanjang bulan April dan Mei 2022.
*Tertakluk kepada terma dan syarat
Kandungan ini disediakan oleh Lazada Malaysia.
Berminat untuk menyiarkan pengumuman anda di Malaysiakini? Hubungi kami di [email protected] atau WhatsApp di talian +60 17-323 0707 untuk sebarang pertanyaan.