Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Pengumuman
Mengembara bersama pelitup muka, Peminat Pokémon!
Diterbitkan:  Oct 14, 2021 10:28 AM
Dikemaskini: 2:34 AM

Kolaborasi Epik: Durio x Pokémon pelitup muka 4-lapis bagi kanak-kanak dan dewasa dilancarkan!

Pengeluar pelitup muka premium di Malaysia, Durio dan Pokémon Asia bekerjasama dalam kolaborasi epik untuk melancarkan pelitup muka pembedahan 4-lapis bertema Pokémon untuk kanak-kanak dan orang dewasa di seluruh Malaysia. Hebat, menarik dan berwarna-warni, pelitup muka bertema Pokémon ini terdapat dalam enam reka bentuk Pokémon yang comel - Pikachu, Bulbasaur, Charmander, Squirtle dan Gengar, pelitup muka bertema Pikachu terdapat dalam dua reka bentuk yang berbeza, dan semuanya hanya dijual secara eksklusif di Malaysia. Tambahan pula, setiap kotak dilengkapi dengan sarung penyimpan pelitup muka percuma. Pembungkusannya yang inovatif boleh berubah menjadi kotak simpanan DIY (dewasa) dan mainan Pokémon (kanak-kanak).

Pelitup muka bertema Pokémon ini terdapat dalam lima reka bentuk Pokémon yang comel - Pikachu, Bulbasaur, Charmander, Squirtle dan Gengar

Pembungkusannya yang inovatif boleh berubah menjadi kotak simpanan DIY (dewasa) dan mainan Pokémon (kanak-kanak).

Setiap kotak dilengkapi dengan sarung penyimpan pelitup muka percuma, eksklusif di Malaysia sahaja

Kisah Pokémon yang digemari ramai mengisahkan seorang budak lelaki yang bercita-cita menjadi pelatih Pokémon terhebat di dunia. Dia mengembara dunia dengan rakan-rakannya untuk mencari Pokemon baru, memerangi organisasi musuh dan raksasa saingan untuk menjalin persahabatan yang kekal. Menurut kejayaan Pokémon yang berlangsung selama 25 tahun, ia adalah salah satu permainan video dan filem adaptasi permainan video yang terlaris di dunia dengan lebih daripada 1,000 episod ditayangkan. Pokémon sejak itu disiarkan di lebih daripada 169 negara dan merupakan salah satu siri TV yang ditontoni ramai di seluruh dunia. Filem baru “Pokémon the Movie: Secrets of the Jungle” disiarkan di seluruh dunia di Netflix pada 8 Oktober 2021.

Pelitup muka pembedahan 4-lapis bertema Pokémon untuk kanak-kanak dan orang dewasa dihasilkan oleh Pengeluar pelitup muka premium di Malaysia - Durio, dijual secara eksklusif di Malaysia sahaja.

Pelitup muka Pokémon: Jom dapatkan semuanya

Inilah masanya untuk berubah dan mengamalkan norma baru dalam pandemik ini. Mulakan dengan meningkatkan perlindungan anda melalui pelitup muka bertema Pokémon Durio. Pelitup muka pembedahan 4-lapis Pokémon mencapai penapisan maksimum BFE> 99% dan PFE> 98%, perlindungan ASTM F2100 Tahap 3, dan EN14683 Jenis IIR, Keupayaan Nafas Terbaik dan Keselesaan Terjamin. Kotak yang berwarna cerah serta motif logo Pokémon dan reka bentuk comel akan menarik perhatian anda untuk mendapatkan semuanya. Pelitup muka bertema Pokémon boleh didapati dalam pasangan dewasa dan kanak-kanak agar ibu bapa dan anak-anak mereka boleh memakainya dengan bergaya dan menikmati perlindungan yang berkesan.

Setiap kotak dilengkapi dengan sarung penyimpan pelitup muka Pokémon dan harganya RM43.90 setiap kotak sahaja. Peminat Pokémon boleh mendapatkan pelitup muka tersebut di kedai rasmi Durio dalam talian iaitu Shopee – https://shopee.com.my/durioppe, Lazada, Watsons , dan juga akan dijual di Guardian, 7-Eleven, Caring tidak lama lagi.

Durio, Menjamin Hidup Sempurna

Durio PPE Sdn Bhd merupakan pengeluar terbesar pelitup muka dan kain lapisan tengah (melt-blown) di Malaysia dan sangat komited terhadap kualiti dengan mengkhususkan kecekapan penapisan tinggi dan keselesaan aliran udara pada pelitup muka. Melindungi kesihatan masyarakat dan menjamin hidup sempurna adalah falsafah dan inspirasi kejayaan Durio.

Pelitup muka pembedahan Durio menawarkan ciri-ciri menarik seperti Keupayaan Nafas Terbaik, Gelung Telinga Tahan Lama & Rata, Jalur Hidung Serba Panjang, Liputan Maksimum dengan Tiada Jurang, Tiada Reaksi Allergi (Hypoallergenic), dan Keselesaan Terjamin. Ciri-ciri ini menjadikan pelitup muka Durio popular di pasaran dan produk yang banyak digunakan dalam bidang perubatan profesional serta bagi pengguna yang memerlukan pelitup muka berkualiti tinggi.

Durio memastikan kualiti tertinggi dengan kain bukan tenunan (non-woven fabric) kalis air di luar, kain lebur elektrostatik (electrostatic melt-blown) di tengah dan kain bukan tenunan penyerap (absorbent non-woven fabric) dalaman, termasuklah gelung telinga serta jalur hidung. Bagi lapisan luar kalis air, ia berfungsi untuk menahan cecair dan titisan air, manakala lapisan tengah menggunakan kain lebur elektrostatik Durio tersendiri yang dapat menyerap virus, bakteria dan zarah-zarah dengan berkesan sehingga 99%. Seterusnya, lapisan kain bukan tenunan di dalam pelitup muka pula dapat menyerap air liur dan kelembapan serta mengurangkan geseran pada kulit.

Pelitup Muka Berkualiti Premium, Dibuat dengan Bangga di Malaysia

Pelitup muka Durio dihasilkan dalam persekitaran bilik terkawal yang memenuhi taraf pensijilan ISO-13485. Dengan 30 barisan pengeluaran pelitup muka automatik, Durio dapat menghasilkan 2 juta pelitup muka setiap hari. Durio juga menonjol dengan 4 unit barisan pengeluaran 1.6m canggih yang dapat mencapai 240 metrik tan kapasiti bulanan dan 240 juta keping pengeluaran pelitup muka.

Antara pengiktirafan yang diperoleh Durio PPE Sdn Bhd adalah Sijil CE Eropah, pendaftaran FDA AS (Pentadbiran Makanan & Dadah), Sistem Pengurusan Kualiti Peranti Perubatan ISO 13485: 2016, Lesen Penubuhan MDA dan Sijil Pendaftaran Peranti Perubatan serta Institut Piawaian dan Industri Malaysia (SIRIM). Selain itu, produk pelitup muka Durio juga mencapai tahap perlindungan ASTM F2100 Tahap 3 dan EN 14683: 2019 Jenis IIR.

Sentiasa Selamat dengan Pelitup Muka Durio

Koleksi pelitup muka Durio merangkumi pelitup muka 3-lapis dan 4-lapis, pelitup muka ‘Particulate Respirator’ KN95 dan N95, pelitup muka pembedahan 3-lapis seperti pelitup muka berwarna biru 501, pelitup muka berwarna 502, pelitup muka ‘I Love MY’ 531, dan pelitup muka kanak-kanak 503. Pelitup muka pembedahan 4-lapis termasuk pelitup muka kanak-kanak EJA1 & EJA2 Ejen Ali, pelitup muka putih ‘Comfort Plus’ 541, pelitup muka karbon aktif 542, pelitup muka bercorak Batik 543, dan pelitup muka berwarna Trendish 545. Harganya bermula dari RM15.00 hingga RM39.90 sekotak. Durio juga menyediakan perkhidmatan pelitup muka yang direka khas dan pelitup muka OEM berjenama.

Durio 545 4 ply pelitup muka warna bergaya tersedia dengan 8 warna agar sesuai dengan pakaian

Selain kedai dalam talian Shopee dan Lazada, pelitup muka Durio boleh dibeli di Watsons, BIG Pharmacy, AM PM Pharmacy, Giant, Jaya Grocer dan Cold Storage.

Untuk maklumat lanjut mengenai Durio, sila hubungi 07-3311385

Durio PPE Sdn Bhd

16, Jalan Temenggong, 81100 Johor Bahru, Johor, Malaysia.

Tel: 607-3311385, [email protected] www.durioppe.com

https://www.facebook.com/durioofficial

https://www.instagram.com/durioofficial/


Kandungan ini disediakan oleh Durio PPE Sdn Bhd.

Berminat untuk menyiarkan pengumuman anda di Malaysiakini? Hubungi kami di [email protected] atau WhatsApp di talian +60 17-323 0707 untuk sebarang pertanyaan.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS