Paling Popular
Terkini
mk-logo
Pengumuman
Durio menyumbangkan 50,000 keping topeng muka patriotik ‘I Love MY’ kepada Pusat Pemberian Vaksin Mega PPV @Southkey Johor Bahru
Diterbitkan:  Aug 1, 2021 6:06 PM
Dikemaskini: 10:06 AM

Dalam usaha menggalakkan rakyat memerangi COVID-19 dan mendapatkan vaksin mereka, Durio telah bekerjasama dengan KPJ Healthcare dan menyumbangkan 50,000 keping topeng muka 3 lapisan bertemakan patriotik ‘I Love MY’ kepada Pusat Pemberian Vaksin Mega PPV @Southkey di Johor Bahru bagi memberi insentif kepada setiap orang untuk selesaikan vaksinasi mereka. Pusat Pemberian Vaksin yang serba luas dapat memberi vaksin kepada 5,000 orang sehari di Johor. Setelah selesai divaksinasi, penerima vaksin boleh mengambil pelitup muka Durio 3 lapisan bertemakan patriotik ‘I Love MY’ di kawasan gerai foto.

Wabak COVID-19 semakin parah, dan negara kita telah memasuki tahap berbahaya. Ketika keluar dari rumah, bukan sahaja anda wajib memakai pelitup muka tetapi anda patut memakai pelitup muka berkualiti tinggi dengan kesan pencegahan wabak yang terbaik.

Sempena Hari Kebangsaan yang akan datang, Durio menggalakkan rakyat memerangi wabak ini dengan menawarkan pelitup muka Durio bertemakan patriotik ‘I Love MY’ 531 pada harga istimewa iaitu RM15 sekotak, harga asalnya adalah RM29.90. Durio mengambil kesempatan ini untuk menggalakkan setiap orang menyelesaikan vaksinasi, mematuhi SOP, memakai topeng dengan perlindungan tinggi dan mengambil langkah pencegahan. Rakyat boleh membeli pelitup muka Durio di kedai rasmi Durio dalam talian iaitu Shopee - https://shopee.com.my/durioppe

Durio memastikan kualiti tertinggi dengan kain bukan tenunan (non-woven fabric) kalis air di luar, kain lebur elektrostatik (electrostatic melt-blown) di tengah dan kain bukan tenunan penyerap (absorbent non-woven fabric) dalaman, termasuklah gelung telinga serta jalur hidung. Bagi lapisan luar kalis air, ia berfungsi untuk menahan cecair dan titisan air, manakala lapisan tengah menggunakan kain lebur elektrostatik Durio tersendiri yang dapat menyerap virus, bakteria dan zarah-zarah dengan berkesan sehingga 99%. Seterusnya, lapisan kain bukan tenunan di dalam pelitup muka pula dapat menyerap air liur dan kelembapan serta mengurangkan geseran pada kulit.

Durio PPE Sdn Bhd merupakan pengeluar terbesar pelitup muka dan kain lapisan tengah (melt-blown) di Malaysia. Untuk menyediakan pelitup muka berkualiti tinggi dengan harga berpatutan, pihak Durio menjadikan aspek perlindungan, keselesaan, mudah untuk nafas, mesra kulit dan estetik pelitup muka sebagai pertimbangan utama bagi menghasilkan pelitup muka yang boleh memberi perlindungan tinggi dan reka bentuk yang bergaya.

Peralatan yang canggih dan pengawalan kualiti yang ketat
Antara pengiktirafan yang diperoleh Durio PPE Sdn Bhd adalah Sijil CE Eropah, pendaftaran FDA AS (Pentadbiran Makanan & Dadah), Sistem Pengurusan Kualiti Peranti Perubatan ISO 13485: 2016, Lesen Penubuhan MDA dan Sijil Pendaftaran Peranti Perubatan serta Institut Piawaian dan Industri Malaysia (SIRIM). Selain itu, produk pelitup muka Durio juga mencapai tahap perlindungan EN 14683: 2019 Jenis IIR.

Durio sangat komited terhadap kualiti dan mengkhususkan kecekapan penapisan tinggi dan keselesaan aliran udara pada pelitup muka. Pelitup muka pembedahan Durio telah diperakui dengan kadar penapisan bakteria BFE 99% dan kadar penapisan zarah PFE dengan rintangan aliran udara terendah.

Seterusnya, bekerjasama dengan syarikat global terkemuka dan menggunakan 100% kualiti terbaik polipropilena (polypropylene), malahan ditambah dengan 30 barisan pengeluaran pelitup muka automatik syarikat telah membolehkan Durio menghasilkan dua juta pelitup muka setiap hari. Setiap helai pelitup muka Durio dihasilkan dalam persekitaran yang terkawal dan memenuhi taraf pensijilan ISO-13485. Durio menonjol dengan 4 unit barisan pengeluaran 1.6m canggih yang dapat mencapai 240 metrik tan kapasiti bulanan dan 240 juta keping pengeluaran pelitup muka. Durio juga membekalkan kain peleburan yang dicas secara elektrostatik kepada pengeluar pelitup muka tempatan yang lain.

Sentiasa Selamat dan Bergaya dengan Pelitup Muka Durio
Koleksi pelitup muka Durio merangkumi pelitup muka 3 lapisan dan 4 lapisan, pelitup muka lipatan tiga dimensi (3D) taraf KN95 dan N95 untuk petugas hadapan, pelitup muka pembedahan 3 lapisan seperti pelitup muka berwarna biru 501, pelitup muka berwarna 502, pelitup muka ‘I Love MY’ 531, dan pelitup muka kanak-kanak 503. Pelitup muka pembedahan 4 lapisan termasuk pelitup muka putih ‘Comfort Plus’ 541, pelitup muka karbon aktif 542, pelitup muka bercorak Batik 543, dan pelitup muka berwarna Trendy 545. Harganya bermula dari RM15.00 hingga RM33.90 sekotak. Durio juga menyediakan perkhidmatan pelitup muka yang direka khas dan pelitup muka OEM berjenama.

Selain kedai dalam talian Shopee dan Lazada, pelitup muka Durio boleh dibeli di BIG Pharmacy, AM PM Pharmacy, Giant, Jaya Grocer dan Cold Storage.

Untuk maklumat lanjut mengenai Durio, sila hubungi 607-3311385

Durio PPE Sdn Bhd
16, Jalan Temenggong, 81100 Johor Bahru, Johor, Malaysia.
+607-3311385, [email protected]
www.durioppe.com
https://www.facebook.com/durioofficial
https://www.instagram.com/durioofficial/


Kandungan ini disediakan oleh Durio PPE Sdn Bhd.

Berminat untuk menyiarkan pengumuman anda di Malaysiakini? Hubungi kami di [email protected] atau WhatsApp di talian +60 17-323 0707 untuk sebarang pertanyaan.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS