Latar belakang
Rexpoint Resources Sdn Bhd & Kumpulan Melati Ehsan
Rexpoint Resources Sdn Bhd adalah merupakan syarikat bersekutu (associate company) bagi Kumpulan Melati Ehsan yang tersenarai di Bursa Malaysia.
Rumah Selangorku (RSKU) dan Pangsapuri Bayu Residensi di Seri Temenggung, Gombak, Selangor terletak di atas tapak tanah seluas 9.8 ekar. Rexpoint Resources Sdn Bhd adalah merupakan rakan usahasama Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS). Penglibatan asal Rexpoint di dalam projek ini adalah di atas dasar sebagai penyelamat (white knight) dimana pembangunan ini telah dikategorikan sebagai projek terbengkalai sebelum penglibatan Rexpoint di dalam projek pembangunan di atas tanah ini. Sehubungan itu, Rexpoint Resources Sdn Bhd sebagai pemaju penyelamat telah mengambil alih projek terbengkalai ini dan berjaya meminda cadangan asal daripada pembangunan komersil kepada projek pembangunan bercampur yang terdiri daripada 420 unit RSKU dan 1,240 unit pangsapuri, dikenali sebagai Bayu Residensi.
Projek Pembangunan 1,240 Units Pangsapuri Bayu Residensi
Rexpoint Resources Sdn Bhd memulakan perancangan dan pembinaan 1,240 unit Pangsapuri Bayu Residensi pada tahun 2020, iaitu di ambang negara berdepan dengan pandemik Covid-19. Biarpun berdepan dengan segala cabaran tersebut, projek ini telah mencapai jualan yang memberangsangkan dalam masa 12 bulan dan kini, telah siap dengan Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan dalam tempoh 6 bulan lebih awal dari jadual sebenar.

Bayu Residensi merupakan pembangunan mampu milik dengan harga jualan bermula serendah RM225,000.00 sahaja. Pembangunan ini terdiri daripada 1,240 unit yang mempunyai kawalan keselamatan. Bayu Residensi menawarkan 4 jenis susunatur dengan keluasan lantai bermula daripada 552 kaki persegi sehingga 862 kaki persegi dilengkapi dengan 37 jenis kemudahan kondominium. Melalui pembangunan ini, kami percaya bahawa kami telah berjaya menyampaikan visi kami dalam memberi laluan bagi menyediakan rumah yang berkualiti dengan harga mampu milik untuk pembentukan keluarga yang selesa dan sejahtera.
Bayu Residensi terletak di lokasi yang strategik dengan kemudahan rangkaian jalan raya utama perbandaran yang penting seperti Lebuh Utama Seri Gombak, Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) dan Lebuhraya DUKE. Selain itu, kami juga telah membelanjakan RM8,000,000.00 untuk menaiktaraf Lebuh Utama Seri Gombak daripada 2 lorong kepada 4 lorong, termasuk laluan pejalan kaki, lampu isyarat jalan dan perhentian bas, yang memberi manfaat kepada 50,000 penguna jalan raya setiap hari di sekitar kawasan perumahan Seri Temenggung, Gombak. Pembangunan ini juga berada di kedudukan yang strategik iaitu di kawasan kejiranan yang matang, yang dilengkapi dengan kawasan perniagaan makanan, sekolah dan pasaraya-pasaraya besar. Ini sudah pastinya menjadi nilai tambah bagi keselesaan para penghuni.

Penyelesaian Isu Setinggan Di Tapak
Pada asalnya, terdapat kependudukan setinggan di atas tapak sewaktu PKNS merancang pembangunan pada tahun 2014. Melalui perjanjian usahasama yang dimeterai diantara PKNS dan Rexpoint Resources Sdn Bhd pada 2017, kami telah mengambil alih peranan dan bertanggungjawab untuk menyelesaikan isu setinggan yang masih belum menerima tawaran penempatan, melalui bayaran ex-gratia sewaktu pengosongan tapak, penempatan ke RSKU Seri Temenggung dengan harga diskaun dan subsidi sewa bulanan sehingga projek RSKU Seri Temenggung memperolehi Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan.
Satu majlis penyerahan surat tawaran telah diadakan pada 27 Jun 2020, dengan dihadiri oleh Y.A.B. Dato’ Seri Amirudin Bin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor. Pada majlis tersebut, kesemua 29 setinggan telah menerima surat tawaran ke RSKU Seri Temenggung. Terkini, RSKU Seri Temenggung telah siap sepenuhnya dan kesemua setinggan yang layak telah pun berpindah masuk ke RSKU tersebut.
RSKU Seri Temenggung adalah sebuah pembangunan mampu milik khusus untuk keturunan Melayu sahaja. Ianya adalah inisiatif Syarikat dan PKNS untuk membangunkan skim perumahan bagi kumpulan berpendapatan rendah di kawasan bandar dalam segmen demografi ini.
Kandungan ini disediakan oleh Rexpoint Resources Sdn Bhd.
Pandangan yang dinyatakan di sini adalah pandangan penulis/penyumbang dan tidak semestinya mewakili pandangan Malaysiakini.
Berminat untuk mendapatkan kenyataan akhbar, wawancara eksklusif atau artikel kandungan berjenama anda di Malaysiakini? Untuk maklumat lanjut, hubungi [email protected] atau [email protected]
