Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
Ahli GISHB dipenjara 10 tahun kerana cederakan kanak-kanak
Diterbitkan:  Sep 26, 2024 12:09 PM
Dikemaskini: 4:24 AM

Seorang anggota Global Ikhwan Services Holdings Bhd dihukum penjara 10 tahun selepas mengaku bersalah terhadap empat pertuduhan menyebabkan kecederaan fizikal terhadap kanak-kanak berumur 10 hingga 12 tahun.

Barulrahim Hisham, 23, dituduh bawah Seksyen  31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Klang  Noridah Adam. 

Dalam tiga daripada empat pertuduhan, Barulrahim mengaku melakukan kecederaan fizikal dengan merotan anak-anak jagaannya.

Dia juga mengaku bersalah untuk pertuduhan keempat mendatangkan kecederaan dengan menekan dada seorang budak dengan lututnya.

Kesalahan itu berlaku di sebuah sekolah agama kelolaan GISHB di Bukit Raja, Klang dan sebuah rumah amal.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS