Paling Popular
Terkini
mk-logo
Kandungan Berjenama
Raikan Hari Merdeka dengan Gaya bersama KWC Fashion Wholesale
Diterbitkan:  Aug 9, 2024 3:07 PM
Dikemaskini: 8:59 AM

Sebagai negara yang kaya dengan warisan budaya dan tradisi, Hari Kebangsaan sentiasa menjadi momen istimewa yang diraikan oleh seluruh rakyat. Tahun ini, KWC Fashion Wholesale akan mengadakan kempen Merdeka yang istimewa untuk para pengunjung! 

Inisiatif ini merupakan hasil kerjasama bersama LOCCO dan Tiktok Shop Malaysia, untuk mempromosikan KWC sebagai pusat fesyen sehenti untuk bergaya sempena acara Keretapi Sarong. Jangan lepaskan peluang untuk menyertai pelbagai aktiviti menarik di KWC dalam merayakan keunikan budaya Malaysia melalui fesyen yang penuh warna dan gaya!

Dengan lebih daripada 800 kedai, KWC Fashion Wholesale mempunyai pelbagai rekaan baju Tradisional, Pakaian Muslimah, Fesyen Kanak-Kanak dan Aksesori Pakaian yang berkualiti pada harga yang berpatutan di bawah satu bumbung. 

Raikan Hari Merdeka dengan Pakai Busana Klasik

Ingin tampil dengan gaya era 90-an yang klasik? Di KWC, anda boleh temui pelbagai jenis pakaian yang menggabungkan pesona fesyen era 90-an dengan sentuhan moden seperti tudung, jubah, blaus, selendang sulaman, fabrik tenunan brokat berserta aksesori yang kini jarang-jarang ditemui.

Keanggunan Abadi Kebaya

Dikenali sebagai busana wanita tertua di Malaysia, kebaya pastinya mempunyai 'rahsia' tersendiri kerana keanggunannya telah menjadi lambang identiti warisan kebangsaan. Di KWC, anda bukan sahaja boleh mendapatkan pelbagai tona warna dan motif kebaya, tetapi juga sulaman yang mengikut cita rasa anda.

Selain itu, KWC juga menawarkan kebaya nyonya dengan corak rekaan yang tersendiri, seperti flora dan fauna, sulaman, corak kerawang, dan lain-lain. Kebaya nyonya merupakan pakaian yang masih dipakai oleh masyarakat Malaysia sehingga hari ini kerana keunikan dan perincian yang terdapat padanya.

Cheongsam Berbatik

Keunikan cheongsam berbatik terletak pada penggabungan dua elemen budaya yang berbeza: cheongsam, pakaian tradisional Cina, dan batik, corak tekstil tradisional Melayu. Di KWC, anda boleh mendapatkan pakaian yang menggabungkan potongan klasik cheongsam dengan corak batik yang kaya dengan simbolisme dan warna, menghasilkan rekaan yang unik dan menarik. Kombinasi ini mencerminkan perpaduan budaya dan estetika yang harmonis.

Lengkapkan penampilan anda dengan kalung mutiara untuk menyerlahkan gaya elegan seperti yang dipamerkan dalam filem 'Crazy Rich Asians'.

Pilihan Bergaya untuk Lelaki

Untuk lelaki pula, jangan risau! KWC juga sediakan beberapa jenis baju melayu rekaan moden mahupun tradisional, kurta, jubah, sampin, songket, pelikat, songkok dan kopiah untuk dipilih. Butik-butik di  KWC juga menawarkan aksesori seperti butang baju melayu untuk dipadankan dengan warna tema pakaian anda. 

Baju Merdeka Si Cilik

Si Cilik pasti teruja untuk menyambut hari Merdeka 2024 dengan menggayakan pakaian berinspirasikan jalur gemilang tahun ini!

Pilihan gaya monokromatik dapat membantu anda menjimatkan masa ketika menyiapkan si cilik. Hanya perlu memadankan warna yang sama antara baju dan aksesori mereka. Dapatkan pelbagai rekaan terkini baju kanak-kanak pada harga berpatutan dan tawaran diskaun yang menarik di KWC Fashion Wholesale!

Selain pakaian, KWC juga menawarkan pilihan makanan tempatan dan minuman semasa membeli-belah, kelengkapan dapur dan hiasan rumah! Dibuka sejak 2011, KWC terletak hanya dalam jarak yang singkat dari 'Golden Triangle' KL dan mudah diakses melalui pengangkutan sistem transit aliran ringan (LRT) iaitu lima minit berjalan kaki dari stesen LRT Hang Tuah — anda tidak perlu risau hadapi jalan raya sesak

Pada hujung bulan ini, KWC akan mengadakan beberapa siri aktiviti dan promosi untuk para pengunjung. Antaranya ialah: 

KWC Fashion Walk

Tarikh: 24 Ogos 2024

Masa: Bermula pada 10 pagi

Lokasi:
Taman Kolonial, Bangunan Sultan Abdul Samad

Salah satu tarikan utama pada bulan ini adalah KWC Fashion Walk, di mana KWC akan mempamerkan barisan pakaian tradisional Malaysia dan mempromosikan pusat beli-belah sebagai destinasi utama untuk memenuhi keperluan fesyen acara Keretapi Sarong.

KWC mengalu-alukan semua untuk menyertai pertunjukan fesyen ini dan menggalakkan peserta untuk berpakaian tradisional atau dengan sentuhan moden, sama ada sarong, batik, cheongsam, atau saree, serta berpeluang memenangi anugerah ‘Pakaian Terbaik’. Selain pertunjukan fesyen, acara ini juga akan dihiburkan dengan persembahan kompang dan tarian tradisional, serta Joget Lambak oleh Zin Zeena & Zin Ery.

Lebih 200 pengunjung dijangka akan hadir ke acara Fashion Walk ini untuk meraikan sambutan Hari Kebangsaan 2024.

Untuk menggalakkan peserta berpakaian mengikut tema 'Tradisi Kita', KWC akan menganugerahkan Anugerah Pakaian Terbaik dengan menawarkan baucar tunai RM50 kepada 10 pemenang. 

Pertandingan Fotografi bertema “Tradisi Kita “

Tarikh: 24 Ogos 2024

Tarikh Akhir Penghantaran: 1 September 2024

Untuk menyertai, ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Tangkap detik-detik menarik dan suasana meriah semasa KWC Fashion Walk. Pastikan gambar-gambar ini jelas dan menarik perhatian.

  2. Jadikan profil anda umum: Ini membolehkan pihak KWC mencari gambar-gambar anda dengan mudah. 

  3. Kongsikan gambar tersebut di akaun Instagram atau TikTok anda dan pastikan untuk tag @kwcfashionwholesale @locco.my @streetmeetmy dan hashtag #KWCTradisiKita #KWCFashionWholesale #KeretapiSarong24 #streetmeetmy

Luahkan kreativiti anda dan rakamkan karya agung anda semasa acara Fashion Walk. Pertandingan ini terbuka kepada semua jurufoto profesional, amatur dan orang ramai.

Promosi Live Tiktok Shop

Tarikh: 23 – 25 Ogos 2024

Masa: 2.30pm – 5.30pm

Melalui kolaborasi dengan TikTok Shop Malaysia, 100 kedai dari KWC akan menyertai ‘KWC Promosi Live TikTok Shop’ di mana mereka akan menjalankan siaran langsung di TikTok Shop secara serentak untuk mempromosikan dan menawarkan tawaran hebat kepada pembeli di platform tersebut. TikTok Shop Malaysia akan menyediakan pelbagai tawaran termasuk baucar tunai dan penambahbaikan siaran langsung, yang pastinya akan memberikan nilai tambah kepada program kami.

Pertandingan Kostum Merdeka Si-Cilik

Tarikh: 25 Ogos 2024  

Masa: 2 petang - 5 petang  

Bilangan Peserta: 30 orang

Umur: 5 - 12 years (terbuka kepada orang ramai) 

Pakaian Merdeka untuk anak-anak anda boleh merangkumi pelbagai pilihan, sama ada mereka memakai pakaian tradisional yang mencerminkan warisan budaya Malaysia atau dengan membalut anak-anak anda menggunakan Bendera Malaysia. Pilihan ini akan menambah kemeriahan sambutan Merdeka sambil menonjolkan semangat patriotik mereka dengan cara yang kreatif.

Untuk menyertai, pendaftaran boleh dibuat melalui pautan Google Link. Peserta dikehendaki memakai pakaian atau kostum yang mewakili negara kita dan akan diberi masa maksimum 5 minit untuk pembentangan.

Jom singgah beli-belah di KWC Fashion Wholesale hari ini untuk mendapatkan pelbagai koleksi pakaian, sertai aktiviti-aktiviti menarik dan berpeluang untuk menang pelbagai hadiah!  Untuk maklumat lanjut mengenai program Merdeka KWC, sila layari https://www.kenangacity.com.my/ms/ 

Anda juga boleh kunjungi media sosial KWC di Facebook, Instagram dan TikTok. Kepada semua Rakyat Malaysia, selamat menyambut Hari Merdeka ke-67!


Pandangan yang dinyatakan di sini adalah pandangan penulis/penyumbang dan tidak semestinya mewakili pandangan Malaysiakini.

Berminat untuk mendapatkan kenyataan akhbar, wawancara eksklusif atau artikel kandungan berjenama anda di Malaysiakini? Untuk maklumat lanjut, hubungi [email protected] atau [email protected].


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS