Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
TMJ dialu-alukan labur dalam bola sepak Indonesia
Diterbitkan:  Nov 9, 2024 10:06 PM
Dikemaskini: 2:13 PM

Pengerusi Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia Erick Thohir mengalu-alukan Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail untuk melabur dalam sukan bola sepak di republik itu.

Menurut CNN Indonesia, Erick berkata pelaburan dari luar negara boleh meningkatkan lagi tahap sukan bola sepak Indonesia.

Dia berkata demikian susulan kenyataan Tunku Ismail yang memuji Erick sebagai individu yang memiliki pengetahuan dan jaringan dalam arena bola sepak antarabangsa.

Tunku Ismail berpandangan tokoh seperti Erick diperlukan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk meningkatkan lagi tahap bola sepak negara.

Tentu itu pendapat dari luar negeri. Cuma kalau dari Johor ingin melabur di sepak bola di Indonesia, kami welcome. Kerana Liga 1, Liga 2, akan dijadikan liga yang sangat profesional," katanya seperti dipetik.

Erick Thohir

Mengulas lanjut berkenaan pelaburan dari luar negara, Erick mengambil contoh pasukan Liga Perdana Inggeris, Manchester City yang turut melabur dalam kelab seperti New York City FC, Melbourne City FC, dan Yokohama F. Marinos.

"Kita boleh lihat Manchester City punya sister city di Australia, di Jepun. Kenapa tidak kita? Kita harus cuba migrasi, tetapi (bola sepak peringkat) amatur harus tetap dijaga,” katanya lagi.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS