Paling Popular
Terkini

Jurulatih dari Portugal, Ruben Amorim, dilantik sebagai Ketua Jurulatih Manchester United, pasukan Liga Perdana Inggeris, menurut pengumuman kelab itu pada Jumaat, lapor Agensi Anadolu.

Jurulatih berusia 39 tahun itu akan memimpin pasukan bermula 11 Nov dan akan bersama Red Devils sehingga Jun 2027, menurut kenyataan itu.

Ruud van Nistelrooy akan meneruskan tugasnya sebagai pengurus sementara sehingga ketibaan Amorim.

Manchester United memecat pengurus dari Belanda, Erik ten Hag, pada Isnin selepas kekalahan terbaharu mereka hujung minggu lepas. Dilantik pada April 2022, Ten Hag membawa Manchester United meraih dua trofi domestik iaitu Piala Liga pada 2023 dan Piala FA pada 2024.

Ketua Jurulatih Sporting Lisbon Ruben Amorim yang pernah menjalani latihan selama seminggu di Manchester United semasa era Jose Mourinho antara 2016 dan 2018, memenangi dua gelaran liga Portugal bersama Sporting Lisbon pada musim 2020-2021 dan 2023-2024, selepas setahun bersama Braga, satu lagi kelab Portugal.

-- BERNAMA-ANADOLU


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS