Paling Popular
Terkini
mk-logo
Sukan
Hannah Yeoh gesa henti komen pakaian atlet
Diterbitkan:  Aug 15, 2024 3:44 PM
Dikemaskini: 7:44 AM

Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh menggesa rakyat Malaysia berhenti mengulas mengenai pakaian atlet.

"Jangan ganggu atlet kita berkenaan dengan pakaian sukan mereka!

"Berhenti memaksakan kecenderungan anda kepada mereka.

"Mereka mempunyai satu keutamaan sahaja - untuk cemerlang dalam sukan mereka," katanya dalam satu kenyataan di Facebook.

Dalam hantarannya di platform media sosial itu, dia berkongsi laporan South China Morning Post mengenai suami Nur Dhabitah Sabri, yang mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang tidak dinamakan kerana didakwa menyunting dan memuat naik imej tak senonoh atlet sukan terjun negara itu.

Mohammad Aizat Ahmad Nazri memberitahu Utusan bahawa notis undang-undang telah dikeluarkan kepada individu itu berdasarkan kenyataan pegawai penyiasat dan peguam.

Dia berkata dia menerima dua imej sedemikian sejak 8 Ogos, apabila Dhabitah berjaya mara ke separuh akhir acara terjun 3m papan anjal wanita semasa Sukan Olimpik Paris yang baru berakhir.

Dia meminta orang ramai mendoakan Dhabitah dan menyokongnya, sambil menambah harapannya agar dia kekal tabah.

Selain itu, dia melahirkan rasa bangga dengan pencapaian Dhabitah.

Dhabitah, yang merupakan pemenang lima pingat Sukan Asia, mengumpul 244.80 mata keseluruhan untuk menduduki tempat ke-12 selepas lima terjunan semasa pusingan akhir.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS