Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Sukan

Liga Bolasepak Malaysia (MFL) mengumumkan sebanyak empat kategori tiket akan dijual bagi perlawanan akhir Piala FA yang mempertemukan juara bertahan Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Selangor FC pada 24 Ogos ini.

Final Piala FA itu akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada sembilan malam.

Empat kategori tiket yang diagihkan secara sama rata kepada kedua-dua pasukan adalah general admission berharga RM50 dan RM70, Piala FA Premium (RM150) dan Piala FA VIP Grandstand (RM200).

“Urusan penjualan tiket akan diserahkan sepenuhnya kepada pihak kelab untuk memastikan penjualan tiket secara terus kepada penyokong dengan sistematik dan sama rata.

“Segala maklumat mengenai proses penjualan tiket kepada penyokong akan dimaklumkan oleh JDT dan Selangor FC dalam masa terdekat,” menurut hantaran di laman Facebook MFL hari ini.

JDT mara ke final Piala FA selepas mengatasi Kedah Darul Aman (KDA FC) dengan agregat 5-1 manakala Selangor FC menewaskan Terengganu FC dengan agregat 6-4 untuk melangkah ke perlawanan akhir.

-Bernama



Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS