Paling Popular
Terkini
mk-logo
Sukan
M’sia U19 kalah dengan Australia, pulang dengan tempat ke-4

Skuad bola sepak bawah 19 tahun (B-19) kebangsaan menamatkan Kejohanan B-19 ASEAN 2024 di tempat keempat apabila tewas 5-3 di tangan Australia selepas terikat 1-1 pada masa sebenar di Stadium Gelora Bung Tomo, Surabaya, Indonesia hari ini.

Skuad bimbingan Juan Torres Garrido ketinggalan pada minit ke-28 menerusi jaringan Marcus Younis sebelum gol sendiri pemain lawan Jake Najdovski pada minit ke-73 mengheret perlawanan ke penentuan sepakan penalti.

Malaysia gagal mempertahankan kejuaraan selepas tewas tipis 0-1 kepada tuan rumah Indonesia pada aksi separuh akhir Sabtu lepas.

Pasukan kebangsaan membuka tirai kempen dengan bergaya apabila membelasah Brunei 11-0 pada 19 Julai diikuti kemenangan besar menentang Singapura 5-0 pada Selasa, sebelum mengesahkan status sebagai juara Kumpulan C selepas seri 1-1 dengan Thailand pada Khamis.

Sebagai rekod, Malaysia merupakan juara dua kali iaitu pada edisi 2018 dan 2022.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS