Paling Popular
Terkini
mk-logo
Sukan
Cantik, tapi lebih kepada baju raya - Wan Fayhsal 

Bekas timbalan menteri belia dan sukan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mengakui pakaian atlet negara untuk upacara perasmian Sukan Olimpik 2024 di Paris, awal pagi nanti, sebagai cantik.

Bagaimanapun, katanya, ia tidak menyuntik semangat untuk acara sukan berprestif itu.

“Ia lebih kepada vibe (aura) hari raya,” kata ketua Pemuda Bersatu yang juga anggota parlimen Machang.

Rekaan pereka fesyen Rizman Ruzaini didedahkan oleh Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh pagi tadi. 

Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal

Menurut perekanya, persalinan baju teluk belanga dan baju kurung berwarna keemasan yang dinamakan The Malaya itu didedikasikan kepada wira kemerdekaan seperti  wira kemerdekaan seperti Tunku Abdul Rahman, Tok Janggut dan Datuk Bahaman.

Terdahulu, MCA dan peguam lantang hak asasi Siti Kasim turut mengecam rekaan itu sebagai tidak melambangkan kepelbagaian budaya serta mengetepikan Sabah dan Sarawak.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Fayhsal berkata dia juga berkata maklum dengan kritikan awam bahawa rekaan itu tidak menggambarkan kepelbagaian bangsa, termasuk Sabah dan Sarawak.

“Bukanlah saya nak perkecilkan Rizman, (tetapi) mungkin kita boleh buat persiapan lebih baik,” katanya.

Baju asal Olimpik yang lebih dahulu mengundang kontroversi

Menegaskan tidak mahu “kecam lebih-lebih, dia berkata perancangan awal mungkin boleh menambak baik rekaan itu.

“Jadi tak apalah, percubaan yang baik. Saya tak naklah condemn (kecam) lebih-lebih,” katanya.

Awal bulan lalu, pakaian Olimpik Malaysia dikecam lebih teruk pengguna gaya kerana disifatkan buruk dan seperti standard baju sukan sekolah.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS