Paling Popular
Terkini
mk-logo
Sukan
Ini rekaan gagal, kata MCA
Diterbitkan:  Jul 26, 2024 11:54 AM
Dikemaskini: 4:19 AM

Kecantikannya dipuji, tetapi daripada sudut yang lain rekaan baju atlet Malaysia untuk upacara perasmian Sukan Olimpik 2024 di Paris hari ini dipertikai.

MCA antaranya berpendapat rekaan pereka fesyen Rizman Ruzaini itu tidak melambangkan kepelbagaian rakyat Malaysia.

“Inikah pakaian rasmi delegasi Malaysia ke Olimpik Paris yang menteri belia dan sukan daripada DAP Hannah Yeoh bangga-banggakan itu?

“Mana janji kepelbagaian?” soal Setiausaha Agungnya, Datuk Chong Sin Woon mengulas rekaan yang dinamakan The Malaya itu.

Persalinan gaya sopan dan klastik berwarna hijau zaitun keemasan itu dikonsgi oleh Yeoh dan timbalannya Adam Adli di media sosial malam tadi.

Ia didedikasi kepada wira kemerdekaan seperti Tunku Abdul Rahman, Tok Janggut dan Datuk Bahaman.

Atlet lelaki akan mengenakan baju Teluk Belanga yang berasal dari Johor sebagai menghormati Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

Atlet wanita mengenakan baju kurung dan kerubung dengan cetakan songket.

Warna emas pula dipilih sebagai harapan untuk mendapatkan pingat emas.

Menulis di media sosial, Chong berkata rekaan itu bukan saja tidak mempunyai identiti masyarakat Cina dan India di Malaysia, tetapi juga Sabah dan Sarawak.

“Ini sama sekali tidak melambangkang karektor unik Malaysia,” katanya.

“Malah ia juga tiada kena mengena dengan sukan. Gagal.”

Sementara itu, peguam hak asasi manusia lantang Siti Kasim pula meluahkan rasa yang sama.

“Saya tidak nafi cantik. Tetapi hambar sikit kan,” katanya.

Siti Kasim

Dia mencadangkan pakaian tradisional pelbagai bangsa diguna pakai bagi melambangkan kemajmukan negara ini.

Awal bulan lalu, pakaian Olimpik Malaysia dikecam teruk pengguna gaya kerana disifatkan buruk dan seperti standard baju sukan sekolah saja.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS