Paling Popular
Terkini
mk-logo
Sukan
'Bahaya' - Pan Gon enggan dedah alasan letak jawatan

Kim Pan Gon yang meletakkan jawatan ketua jurulatih Harimau Malaya berkuat kuasa serta-merta tidak mendedahkan alasan mengapa dia meninggalkan pasukan kebangsaan Malaysia.

"Ia alasan yang tak boleh di kongsikan di sini, ‘bahaya’ Datuk Presiden (Hamidin Mohd Amin) tahu semuanya, tapi tak perlu tanya dia lagi," kata bekas jurulatih itu pada sidang media di pejabat Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Kelana Jaya, hari ini.

Bagaimanapun, jurulatih dari Korea Selatan itu tidak menjelaskan secara terperinci apa yang dimaksudkan oleh dia sebagai 'bahaya'.

Sebelum ini, FAM dan Pan Gon berkata peletakan jawatan itu dibuat kerana “komitmen peribadi”.

Pada sidang media hari ini, Pan Gon berkata semuanya sudah selesai dengan FAM.

"Saya telah memberitahu datuk presiden segalanya, di mana saya tidak boleh beritahu anda di sini. Dia tahu segalanya. Kami juga telah berbincang mengenainya banyak kali, bukan hanya sekali.

"Saya tidak akan ulas apa-apa berkenaan ini. Jadi, lebih baik kita tidak bercakap mengenainya lagi. Dan jangan pula tanya datuk presiden dia berseloroh," katanya lagi.

Jawatan penting itu akan dipangku oleh penolong Pan Gon, Pau Marti Vicente dari Sepanyol, dibantu penolong ketua jurulatih kebangsaan E Elavarasan yang juga bekas jurulatih skuad muda Malaysia.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS