Paling Popular
Terkini
mk-logo
Sukan

Pemain sayap sensasi Harimau Malaya dan Selangor FC, Faisal Halim yang cedera disimbah asid menerima sumbangan daripada Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Sumbangan disampaikan Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Kesihatan negeri Daniel Gooi kepada bapa Faisal, Abdul Halim Saad,60, dalam satu sesi pertemuan di kampung kelahiran pemain itu di Mengkuang Titi, di Bukit Mertajam.

Daniel berkata sumbangan berjumlah RM3,000 itu adalah daripada peruntukan Jawatankuasa Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Belia, Sukan dan Kesihatan yang diberikan sebagai tanda sokongan kepada Faisal yang ditimpa musibah.

“Insiden tersebut sememangnya merupakan titik hitam dalam sejarah bola sepak tanah air dan kita berharap agar pihak berwajib dapat mengambil tindakan untuk memastikan mereka yang bertanggungjawab tidak terlepas.

“Abang Halim (bapa Faisal) menyatakan kepada saya bahawa anaknya dalam keadaan yang baik dan bersemangat meski pun sedang berdepan dengan dugaan,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Hadir sama pada pertemuan itu adalah Pengarah Pelesenan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) merangkap Ahli Lembaga Penang FC Mohd Faidrol Mohd Radzi.

Daniel turut berharap Faisal dapat pulih dalam masa terdekat dan mampu beraksi semula di atas padang.

Pada 5 Mei lepas, arena bola sepak tempatan dikejutkan dengan insiden Faisal Halim cedera akibat disimbah asid di sebuah pusat beli-belah di Petaling Jaya dan dia sudah menjalani tiga pembedahan setakat semalam.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS