Malaysia tewas 1-0 kepada Bahrain dalam perlawanan kedua di Piala Asia 2023 yang berlangsung di Stadium Jassim bin Hamad, Qatar.
Lebih menyedihkan gol itu dijaringkan Ali Madan di masa tambahan separuh masa kedua.
Dengan kekalahan ini, peluang Malaysia beraksi dalam kumpulan 16 terbaik berakhir.
Malaysia menunjukkan persembahan menjanjikan pada separuh masa pertama namun hilang penguasaan bola di separuh masa kedua.
Harimau Malaya bagaimanapun kembali menyengat di minit-minit terakhir perlawanan.
Bagaimanapun, ketika saling serang-menyerang, Bahrain meledak gol kemenangan dengan tendangan yang melalui celah-celah kaki pemain kebangsaan yang berkubu di depan pintu gol.
Skuad bimbingan Kim Pan Gon akan melengkapkan baki saingan kumpulan dengan menentang juara dua kali Korea Selatan, Khamis ini.