Paling Popular
Terkini
mk-logo
Sukan
Sukma: Kelantan akan bincang isu pakaian dengan KBS, MSN
Diterbitkan:  Nov 27, 2023 12:33 PM
Dikemaskini: 4:33 AM

Kerajaan Kelantan akan mengadakan perbincangan dengan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta Majlis Sukan Negara (MSN) berhubung garis panduan pakaian sukan patuh syariah bagi Sukan Malaysia (SUKMA) 2028 yang bakal dianjurkan negeri itu.

"Terdapat acara-acara sensitif yang perlu dibincangkan melibatkan pemakaian secara patuh syariah seperti akuatik dan gimrama, oleh itu kerajaan negeri akan membincangkan perkara ini dengan kementerian," kata Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Kelantan Zamakhshari Muhamad.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Mohd Rodzi Ja'afar (PAS- Gaal) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di Kompleks Kota Darulnaim di Kota Bharu, hari ini.

Mohd Rodzi mahu tahu adakah kerajaan boleh memastikan atlet-atlet daripada negeri lain yang menyertai SUKMA juga patuh syariah.

Zamakhshari berkata usaha itu turut dibantu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Lama Dr Hafidzah Mustakim.

Beliau berkata kerajaan Kelantan juga akan memanfaatkan peruntukan RM276 juta daripada kerajaan Pusat antaranya untuk membina enam fasiliti di Kompleks Sukan Bukit Merbau, Pasir Puteh dan sebuah pusat akuatik di Madinah Al-Salam, Tunjong.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS