Menyumbang dua gol untuk membolehkan Malaysia mara ke separuh akhir, Alif Ikmalrizal Anuar terus positif untuk berdepan juara betahan Vietnam esok.
“ Insya-Allah saya akan main dengan baik dengan pasukan Malaysia.
“Alhamdulillah skor dua biji,” katanya.
Dalam Kejohanan AFF B23 menentang Timor Leste di Bangkok malam tadi, Malaysia melangkah ke peringkat seterusnya setelah mengalahkan Timor Leste 3-1.
Selain Alif Ikmalrizal, gol turut disumbangkan oleh Olagar Xavier.
Dalam perlawan pada jam 5 petang esok (waktu Malaysaa) di Stadium Rayong, Malaysia akan berdepan tugas getir untuk mara ke perlawanan akhir.
Vietnam sebagai juara kumpulan C berada di ranking lebih baik berbanding Malaysia.
Di peringkat kumpulan, Malaysia mengumpul mata penuh apabila turut mengalahkan Indonesia 2-1 dalam aksi pembukaan, Jumaat lalu.
Skuad bimbingan E Elavarasan itu menjadi juara Kumpulan B dengan mengumpul enam mata.