Paling Popular
Terkini
mk-logo
Sukan
JDT juara Piala FA, Johor umum cuti peristiwa hari ini

Johor mengumumkan hari ini sebagai cuti peristiwa untuk negeri itu susulan kejayaan pasukan bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT) menjulang Piala FA 2023 selepas mengalahkan Kuala Lumpur City FC 2-0 malam tadi.

Menteri Besar Onn Hafiz Ghazi berkata pengumuman kerajaan negeri adalah sebagai menjunjung titah Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar susulan kejayaan JDT mempertahan kejuaraan tahun lepas dengan penuh gaya.

Dia berkata kemenangan skuad Harimau Selatan malam tadi merupakan yang kedua untuk 2023 selepas menjuarai Piala Sumbangsih awal tahun ini dan Piala FA ketiga buat JDT.

"Menjunjung kasih Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor atas segala perancangan serta usaha berterusan dalam membangunkan JDT menjadi sebuah kelab bola sepak yang disegani di Malaysia dan di rantau Asia.

"Buat semua peminat JDT, teruslah memberikan sokongan penuh dan menjadi pemain ke-12 untuk setiap perlawanan yang akan datang," menurutnya dalam kenyataan di laman Facebook rasmi semalam.

-Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS