Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Sukan
Azizulhasni, Nurul Izzah rangkul emas di Hong Kong

Jaguh berbasikal trek negara Mohd Azizulhasni Awang memperagakan kayuhan cemerlang untuk meraih emas dalam acara pecut lelaki pada Piala Berbasikal Trek Antarabangsa Hong Kong, hari ini.

Pada perlumbaan berlangsung di Velodrom Hong Kong itu, penguasaan The Pocket Rocketman ternyata sukar digugat selepas dengan mudah menewaskan pelumba China Kang Shing Feng, yang terpaksa berpuas hati meraih kedudukan kedua.

Seorang lagi pelumba negara Muhammad Shah Firdaus Sahrom dalam pada itu berjaya meraih pingat gangsa selepas menewaskan pelumba Korea Selatan Kang Seojun, dalam aksi penentuan tempat ketiga dan keempat.

Sementara itu, Nurul Izzah Izzati Mohd Asri mengiringi kejayaan kedua-dua pelumba negara tersebut, dengan turut mengungguli emas bagi acara pecut bagi kategori wanita.

Pelumba berusia 20 tahun itu, lebih mendominasi saingan dan berjaya menewaskan pelumba Korea Selatan, Park Jihae.

-Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS